Pelakon dan usahawan kosmetik Syatilla Melvin meluahkan rasa bersyukurnya apabila iklan billboard kosmetik jenamanya telah dinaikkan.

Menerusi laman sosial Instagram, Syatilla berkongsi dua foto billboard adik-beradiknya untuk tatapan umum.

“Harini selesai terjah dua tempat pasang billboard kat Jalan Duta! Terima kasih Allah, terima kasih Allah! We are stronger and bigger,” tulis Syatilla sebagai kapsyen foto.

Harini settle terjah 2 tempat pasang billboard kt jalan duta!!!??terima kasih allah terima kasih allah!!!!? . . We are stronger n bigger #themelvinscircle #satukekasihcukupke @kekasih_hq ♥️ . . P/s : ada foundation mini size ke!!!!?? #improveformula

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla) on

Menerusi perkongsian itu, menunjukkan foto dua beradik Syafiqa dan Syida Melvin terpampang besar di sisi jalan.

Meninjau ke ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya yang berbangga dengan hasil usaha jenama kosmetik mereka.

“Sangat bangga dengan korang!” komen pelakon Uyaina Arshad.

“Aku faham apa perasaan abang yang pasangkan billboard tu, bukan senang,” tulis seorang wargamaya.

“Hari-hari duk lalu situ, nak pi usha jap la,” kata seorang wargamaya.

“Cantiknya hangpa! Bangga teruk weh,” puji seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 23,000 tanda suka daripada warga Instagram.