Penyampai radio Feeya Iskandar atau Cik Piah terpaksa dimasukkan di hospital Shah Alam selepas dijangkiti Influenza B Jumaat lalu.

Perkara itu turut dikongsikan di Instagramnya baru-baru ini.

Menerusi posting tersebut, Feeya turut memuat naik gambar keadaan dirinya yang sedang dirawat di hospital.

"Tewas jua akhirnya,demam tinggi.

"Bila check kena Influenza B, eloklah duduk hospital. Kalau duduk umah takut anak berjangkit pula," katanya.

Menjengah ke ruang, komen rata-rata pengikut Instagram serta rakan selebriti turut mendoakan supaya kesihatannya beransur pulih.

Antara selebriti itu termasuklah Erry Putra, Gmie vokalis kumpulan Screen serta Sharifah Zarina.

Anda boleh lihat antara kata-kata semangat dan titipan doa di ruang komen di bawah.

Sementara itu menerusi Mstar, Feeya memberitahu dia kini semakin pulih dan mungkin dibernarkan pulang tidak lama lagi.

tewas jua akhirnya.demam tinggi.bila check kena influenza b.elok lah duk sepital kang duk umah takut anak berjangkit pula.adudududu?

A post shared by feeyaiskandar (@feeyaiskandar) on