Sebelum ini sudah ada khabar-khabar angin yang mengatakan rumah tangga pelakon Nadia Brian dan suaminya Muizz Nasruddin sedang bergoyang, namun ianya dinafikan oleh Nadia sendiri.

Baca: Rumah Tangga Bermasalah? Ini Jawab Nadia Brian

Namun terbaru di Instagram milik Muizz nasruddin, dia memuat naik sekeping gambarnya berseorangan dalam warna hitam putih dan menulis kapsyen seperti sangat kecewa dengan apa yang berlaku.

"Ianya sesuatu yang benar buat saya. Saya berikan jiwa dan raga, dan saya tahu saya telah membuat yang terbaik tetapi ianya tidak mencukupi untuk awak.

Tiada yang lebih melukakan selain dikhianati, dikecewakan dan dihina oleh orang yang kita rasakan tidak akan melukakan kita," tulis Muizz dalam Bahasa Inggeris dan disertakan dengan emoticon hati yang retak.

Pada masa yang sama Muizz turut mengucapkan terima kasih kepada keluarga serta rakan-rakan yang sering memberikan sokongan moral kepadanya.

"Saya percaya Allah mempunyai perancangan yang lebih baik untuk saya. Insya-Allah, keadilan pasti akan terbukti," tulis Muizz lagi.

Taking a leap of faith... It was real for me, I gave my heart and soul, Knowing that I did my best but it’s still wasn’t enough for you.. Nothing hurts more than being betrayed, disappointed and insulted by the one person you thought would never hurt you ? Thank you to my family & friends for the moral support, you know who you are? I believe ALLAH has better plans for me.?? Justice will prevail, InsyaALLAH #FromParistoKuantan #EiffleforCherating #ANvsNB

A post shared by Mu'izz Nasruddin (@muizznasruddin) on


Lebih menarik, kapsyen Muizz tersebut turut disertakan dengan tiga tanda pagar iaitu #FromParistoKuantan #EiffleforCherating dan #ANvsNB. Ramai yang mengetahui Muizz melamar Nadia ketika mereka bercuti di Paris.

Namun tanda pagar #ANvsNB sedikit menimbulkan tanda tanya kerana semua sedia maklum NB adalah untuk Nadia Brian tetapi siapakah AN?

Nadia Brian atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi berkahwin dengan Mu'izz Nasruddin pada 9 November 2019 dan ketika ini usia perkahwinan mereka masih lagi belum genap setahun.