Adik kepada pengacara popular Neelofa, Ameera Khan kembali aktif di akaun Instagramnya malam tadi.

Kemunculan semula Ameera itu dibuat selepas kira-kira enam bulan mendiamkan diri di media sosial.

Setakat ini, terdapat tiga foto yang dimuat naik beserta kapsyen yang mengandungi kata-kata semangat.

"Minda baru, tiada siapa yang boleh mengubahnya.

"Kulit baru, tiada siapa dapat menyentuhnya.

"Hati yang baru, tiada siapa boleh hancurkan," tulis Ameera di setiap foto tersebut.



Perkongsian Ameera itu mendapat pelbagai respon dari para pengikutnya, rata-rata netizen seakan teruja dan mengucapkan selamat kembali buat Ameera.

a new mind no one can ever change

A post shared by Ameera Khan (@littlemisskhan) on


a new skin no one can ever touch

A post shared by Ameera Khan (@littlemisskhan) on


a new heart no one can ever break

A post shared by Ameera Khan (@littlemisskhan) on


Terdahulu, Neelofa pernah mendedahkan adiknya itu memadam akaun Instagram ekoran terkesan dengan komen negatif dari netizen.

Ameera pernah dikecam beberapa kali disebabkan penggunaan bahasa yang kurang sopan ketika mempertahankan Neelofa di media sosial.

BACA : Berehat Daripada Media Sosial, Little Miss Khan Tutup Akaun Instagram