Pendakwah Ustaz Ahmad Dusuki menegur segelintir pengguna media sosial yang menjadikan trend berkongsi foto individu yang sudah meninggal dunia dengan aplikasi tertentu untuk menggerakkan foto terbabit dalam bentuk video.

Jelas Ustaz Dusuki, elakkan terlibat dengan perkara sebegini sehingga menimbulkan kenangan lalu bagi insan yang sudah pergi terlebih dahulu daripada kita.

"Ada satu hadis Rasulullah S.A.W, sesiapa yang membuat patung atau gambar dia akan diarahkan Allah supaya meniup balik roh pada gambar atau patung tersebut.

"Justeru, saya berpandangan supaya sebaik-baiknya jangan kita terlibat dengan perkara begini. Saya takut di akhirat nanti, Allah tiupkan roh pada gambar sedemikian.

"Dah gambar itu tak bergerak maka kita cukup dah dengan gambar tersebut dan suasana begitu.

"Jangan pula kita nak menggerakkan sehingga kita menimbulkan kenangan yang lalu," katanya menerusi sepotong video yang dikongsikan di aplikasi TikTok.

Tambahnya, seelok-eloknya perbanyakkan amalan doa bagi memudahkan urusan dan memberikan rahmat buat si mati.

"Bagi orang yang sudah meninggal dunia kita baca doa, mudah-mudahan Allah rahmati mereka dan Allah menjadikan kebaikan yang bertambah dalam hidup mereka.

"Bukan dengan cara mengingatkan kenangan-kenangan yang tak membangkitkan mereka," tambahnya.
@ustazahmaddusuki

Reply to @nadialiyana91 #ustadpesan #ustazahmaddusuki #mengejarsyurga #UAD #tiktokGuru #pemudasyurga #nasihatkehidupan

♬ Sesungguhnya 2020 - Nazrey Johani

Tular baru-baru ini video yang menggunakan aplikasi di telefon pintar untuk menggerakkan imej terutama pada bahagian wajah untuk memberikan ekspresi, riak dan gerakan seolah-olah visual berkenaan bernyawa.

Lebih mengejutkan apabila ada yang mengaplikasikan teknologi tersebut pada foto individu yang sudah meninggal dunia.