Tular sebuah video memperlihatkan selebriti popular, Neelofa gagal menahan air matanya saat reseller inai Nun Ha keluarannya membaca ikrar ‘aku janji’ di sebuah majlis beramah mesra bersama pasukan produk tersebut baru-baru ini.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik pengguna TikTok, @partner.nunha menyaksikan Neelofa atau nama aslinya Noor Neelofa Mohd Noor, 33, sebak saat perjanjian itu dibaca sekumpulan reseller yang berjanji untuk terus memajukan perniagaan produk tersebut.

Dalam pada itu, Neelofa yang dilihat mengenakan jubah berwarna merah jambu dilihat beberapa kali mengesat air mata menggunakan tisu sambil cuba ditenangkan oleh suaminya yang juga pendakwah bebas, Haris Ismail.

Sementara itu, pemilik akuan tersebut turut meluahkan rasa sedih saat melihat ibu kepada Muhammad Bilal itu mengalirkan air mata.

“Jarang sangat nampak seorang Neelofa yang tabah menitiskan air mata. Niat dia hanya untuk membantu orang ramai sebangsa dan seagama untuk mencari rezeki,” tulisnya pada kapsyen.

Menerusi video berkenaan, mendengarkan antara lafaz yang terkandung dalam ikrar ‘aku janji’ tersebut adalah mereka memohon maaf dan menyampaikan ucapan terima kasih kepada Neelofa di atas kesabaran serta pengorbannya dalam mengharungi ujian ketika menguruskan produk berkenaan.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya turut berkongsi rasa sebak bersama bekas pengacara rancangan popular MeleTop itu.

Terdahulu, produk inai milik Neelofa terpalit beberapa kontroversi apabila ada pihak yang mendakwa produk tersebut tidak mesra wuduk.

Pun begitu, Neelofa dan Haris menerusi satu sidang media khas tampil menjelaskan produk inai keluarannya adalah sah untuk dibawa solat.

BACA: Innai Neelofa Lulus Ujian Makmal, Terbukti Sah Solat

@partner.nunha Jarang sangat nampak seorang @neelofa yg sgt tabah menitiskan air mata ?❤️ niat dia hanyalah nak bantu ramai sebangsa seagama cari rezeki sedangkan dia blh saja jual secara retail. Bangkit lah reseller2 #innainunha #nunha ❤️?? #neelofa ♬ Hal Hebat - Govinda X Ernie Zakri