Juri jemputan Big Stage 2020 untuk konsert ketiga, Lah Ahmad antara insan seni yang menitipkan doa buat Allahyarmah Sandar Diane atas pemergiannya awal pagi tadi.

Perkara itu dikongsi menerusi satu posting di Instagram, hari ini.

“Salam takziah buat keluarga dan kenalan Sandra Diane.

“Semoga dihimpun bersama para solihin. Semoga diampunkan segala dosa dan dilimpahkan rahmat Allah ke atas rohnya.

“Allah menyayangimu wahai insan yang bernama Sandra Diane,” katanya.

Tambahnya, pemergian ini juga sebagai tanda peringatan buat semua bahawa kita akan kembali pada pencipta suatu hari nanti.

“Saya menjadi juri di Big Stage atas dasar memberi tunjuk ajar. Walaupun kami sebagai juri mungkin terkasar, atau salah kata tapi pemergianmu di malam jumaat ini pastinya adalah atas jemputan Yang Maha Kuasa.

“Ya Rahman ya Rahim. Kemenangan buatmu dan keamanan adalah pasti, tenteramlah di sana.

“Buat kami yang masih hidup belum tentu lagi. Ampunkan kami Ya Allah. Semoga kita sentiasa dalam peringatan dan jagaan Allah,” katanya.

Innalillahiwainnailaihirojiun.salam takziah buat keluarga dan kenalan Sandra Diane. Semoga dihimpun bersama para solihin. Semoga diampunkan segala dosa dan dilimpahkan rahmat Allah ke atas rohnya. ??? Allah menyayangimu wahai insan yang bernama Sandra Diane. Peringatan buat kami semua bahawa kita semua akan kembali pada Nya suatu hari. Semoga diterima amalan dan diampunkan segala dosa. Berkat malam jumaat, bersihkan dah bukakan hati kami untuk terus kembali bertaubat padaMu. Saya menjadi juri di @bigstage atas dasar memberi tunjuk ajar. Walaupun kami sebagai juri mungkin terkasar, atau salah kata.? tapi pemergianmu di malam jumaat ini PASTInya adalah atas jemputan Yang Maha Kuasa. Ya Rahman ya Rahim. Kemenangan buatmu dan keamanan adalah pasti. Tenteramlah di sana. Buat kami yang masih hidup belum tentu lagi. Ampunkan kami Ya Allah. Semoga kita sentiasa dalam peringatan dan jagaan Allah. Allahumma solli alaa saidina Muhammad wa'alaa alihiwasohbihi Wasalam.

A post shared by Lah Ahmad (@lah_ahmad) on

Untuk rekod, Lah Ahmad diundang sebagai juri jemputan disamping Ajai, Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir sebagai juri tetap bagi konsert ketiga Big Stage.

Menerusi konsert berkenaan, Lah sempat memberikan nasihat dan tunjuk ajar ketika persembahan Sandra.

BACA: [MARKAH PENUH] Big Stage 2020 Minggu 3: Dua Peserta Dapat Markah Bawah 20 & Amir Hasan Tersingkir!

Untuk makluman, Sandra Dianne telah menghembuskan nafasnya yang terakhir awal pagi tadi setelah lima hari bertarung nyawa akibat kemalangan.

Pemergian itu dilaporkan menerusi laman sosial Instagram rakan seperjuangannya, Usop yang memaklumkan tentang berita duka itu.

BACA : Bintang Big Stage 2020 Sandra Dianne Meninggal Dunia