Penyanyi rap Waris atau nama sebenarnya, Muzzammil Alias, 31, kini mara setapak dalam bidang hiburan dengan membuka syarikat sendiri iaitu Rembau Most Wanted Records (RMW Records).

Tidak hanya mahu tertumpu dengan kerjaya nyanyian semata-mata, Waris sudah merancang perjalanan kerjayanya semenjak dahulu lagi.

"Sebenarnya, perkara ini memang sudah ada dalam perancangan karier saya semenjak hari pertama saya menceburkan diri dalam bidang muzik. Alhamdulillah, terciptalah RMW Records untuk saya kembangkan lagi cabang seni saya.

"Sebelum ini pun, saya memang sudah menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan menjual baju sekolah dan bisnes itu masih berjalan," kata Waris.

Tambah pelantun lagu Gadis Jolobu itu lagi, dia mahu mencari bakat baru yang bakal bernaung di bawah syarikatnya.

"RMW Records bakal muncul dengan duo rapper adik beradik iaitu Nik Adam Mika dan Isaac Iman. Insya-Allah, lagu mereka bakal dikeluarkan tidak lama lagi.

"Selain itu, saya juga semakin aktif mencari bakat baru. Semuanya akan dididik bawah naungan RMW Records," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran cawangan ke-22 MBH Skin Expert di Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini.



Merupakan pelanggan MBH Skin Expert, Waris merasmikan cawangan baru itu bersama pengasas MBH, Yaya Mohamad.

"Saya datang kerana saya dan isteri memang menggunakan khidmat MBH untuk merawat kulit wajah. Selalunya, kami akan berkunjung di cawangan Senawang.

Pagi-pagi dah “sangkut” apa hal laa waris ni ??? . Sekarang ni baik laki ke perempuan kena jaga pembawakan diri tu lagi-lagi keserian wajah haa boleh cuba @mbhskinexpert_nilai yang baru di buka dengar-dengar ada diskaun 90 PERATUS !!!! . Pastikan @mbh_medispa ☝?pilihan utama!!! . #mbh #mbhmedispa #mbhskinexpert

A post shared by W.A.R.I.S | Booking 0125357769 (@warisn9) on


"Selepas ini, dengan pembukaan cawangan di Nilai, ia akan memudahkan saya dan isteri serta pelanggan lain di Negeri Sembilan," katanya lagi.