Memang tengok gambar pun dah nak ketawa. Kalau setakat baju kurung tu boleh diterima lagi, ini sampai ke samping?

Entri gambar 'sekeluarga' yang dimuat naik Sherry ke Instagramnya memang melucukan. Apatah lagi dengan permintaan yang dibuat.

"Zira Ayub, pinjam laki ko kejap," tulis Sherry ditujukan kepada isteri Nabil Ahmad.

Tidak cukup di situ, Ozlynn turut menyampuk di ruangan komen.

"Pastu pinjam laki aku lak kan," tulis Ozlynn dengan emoji tidak puas hati.

@zira.ayub pinjam laki ko kejap???? Outfit @mekkembangcotton @yakultmalaysia Make up @adikzwan Asst make up @miszsuria Pa @aqeella

A post shared by sherry_alhadad (@sherry_alhadad) on


Gambar Sherry, Nabil dan seorang kanak-kanak tersebut yang memakai samping serta baju kurung sedondon diambil daripada mungkin untuk sebuah penggambaran.