Muncul sebagai rakan baik kepada watak Zafran lakonan Remy Ishak dalam Jangan Menangis Cinta, Wanns Ahmad mula curi perhatian.

Kata netizen, selain punyai raut wajah seakan-akan persis Zizan Razak, Wanns juga punyai gaya serta humor seperti pelawak popular itu.

"Apasal mamat ni Zizan's vibe sangat?

"Zizan kuasa dua ni!

"Member Zaf ni macam Zizan lah,"
demikian ciap beberapa pengguna di Twitter.

Wanns melakonkan watak sebagai Hafiz yang merupakan rakan baik kepada Zafran dalam drama Jangan Menangis Cinta.


BACA: Remy Ishak Perhati Orang Sekeliling Bagi Menjiwai Watak ‘Nakal’ Zafran Dalam Jangan Menangis Cinta

BACA: Nama Remy Ishak Trending Di Twitter, Netizen Tak Sabar Menonton Drama Jangan Menangis Cinta Malam Ini!

BACA: “Lihat La Betapa Hancur Hati Lelaki Akibat Dihina” - Babak Mak Yang Maki Pak Nordin Bikin Netizen Sebak

BACA: Mak Cik Senduk Maki DSV, Will Smith Tampar Chris Rock! 'Insiden' Panas Bikin Netizen Terus Bertikam Lidah

A post shared by Wanns Ahmad (@wannsahmad_official)


Jangan Menangis Cinta mengisahkan perkahwinan yang dirancang antara Riyana (Amyra Rosli) dan Zafran (Remy Ishak) membuatkan mereka saling jatuh cinta selepas Riyana didapati berbadan dua. Namun perkahwinan mereka duji apabila anak yang lahir kurang upaya.

Drama Jangan Menangis Cinta adaptasi novel terkenal nukilan Siti Rosmizah dibintangi Remy Ishak, Amyra Rosli, Sharifah Fathimah Hawra, Kiah Propa, Atilia Haron, Amanda Amry, Halim Radzli, Rita Nadira dan ramai lagi.

Jangan Menangis Cinta disiarkan setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria.