Honda Malaysia mengumumkan pengurangan harga kenderaan kereta Honda berikutan pengumuman pengecualian cukai jualan 100 peratus pada model pemasangan tempatan (CKD) dan 50 peratus bagi model Import dalam Rancangan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA).


Pengecualian cukai jualan itu, kini harga model CKD Honda iaitu Jazz, New BR-V, City, HR-V, New Civic, CR-V dan All-New Accord akan berkurang antara RM2,788.46 dan RM8,545.63. Sementara itu, model CBU Honda Odyssey akan lebih rendah sebanyak RM9,502.47.


Harga baru ini bermula 15 Jun hingga 31 Disember 2020. Sebagai tambahan kepada harga baru, pelanggan juga dapat menikmati tawaran istimewa berterusan dengan kereta Honda baru mereka di bawah kempen ‘Kita Bersama Deals’.

Ini senarai harga kenderaan Honda di Semanjung Malaysia:


Ini pula, senarai harga yang dijual di Malaysia Timur:



Untuk maklumat lanjut mengenai harga baru atau untuk menguji sebarang model Honda, anda boleh mengunjungi 101 dealer Honda di seluruh negara atau menghubungi nombor Bebas Tol Honda Malaysia di 1-800-88-2020, atau melayari ke www. honda.com.my.