Model hypercar Hispano Suiza Carmen Boulogne yang dinanti-nantikan akhirnya dilancarkan meskipun Pameran Motor Geneva 2020 gagal membuka tirainya akibat kebimbangan penularan wabak COVID-19.

Jentera elektrik buatan Hispano-Suiza dari Boulogne, Perancis itu berupaya menjana 1,100hp dan mencapai kelajuan 100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 2.6 saat dan kelajuan maksimum 290km/j. Ia satu pencapaian signifikan berbanding model standard Carmen (1,006hp).



Bagaimanapun, prestasi dan reka bentuknya bukan kegemaran semua pihak. Pihak syarikat Hispano Suiza hanya akan bina lima unit model hypercar ini dan setiap satu dijual pada harga €1.65 juta (RM7.7 juta). Kiriman kepada pelanggan akan bermula pada 2022.

Carmen Boulogne nampaknya lebih ringan 60 kilogram berbanding model standard Carmen, disebabkan talaan semula komponen sistem suspensi, subbingkai dan bumbung gentian karbon.



Ia menggunakan trenkuasa 80kilowat sejam dengan pek bateru polimer litium ion dan Hispano Suiza dijangka mampu dipandu sejauh 400km sebelum perlu dicas semula.

Syarikat juga menyatakan jika mengecas kuasa bateri daripada 30 peratus kepada 80 peratus, masa diperlukan cuma 30 minit menggunakan alat Pengecas Pantas CCS2.



Carmen Boulogne menyaksikan binaan panel dan monokok badan berasaskan gentian karbon sebelum disaluti cat clear. Tona warna tembaga dikenakan pada bahagian gril depan.

Ruang dalaman Carmen Boulogne merangkumi kerusi gentian karbon bersama campuran balutan material kulit dan upholistri Alcantara. Pelanggan boleh pilih warna material dalam kabin.