Honda nampaknya sudah memperbaharui model MSX125 (Honda Grom) dan menariknya, motosikal mini ini sudah mematuhi standard piawaian Euro 5 sekali gus membolehkannya kekal dipasarkan di Eropah.


Enjin yang digunakan membabitkan blok enjin baharu tetapi kuasa enjin masih kekal 10hp iaitu sama seperti generasi yang masih dijual hari ini. Setakat ini, tiada pengumuman harga dibuat tetapi julat harga dikatakan mungkin tidak melebihi 3,500 Euro (RM17,260).

Di Sepanyol, Honda MSX125 sudah mula dijual sejak 2013 dan motosikal dipercayai mempunyai pengaruh reka bentuk daipada Monkey, sebuah model yang popular sekitar tahun 1960-an.


Di Thailand pula, model ini juga sudah dilancarkan model MSX125 dengan dua pilihan varian termasuk salah satu model dilengkapsi sistem brek anti-kunci (ABS). Sistem brek Grom ada komponen G-Sensor iaitu satu teknologi yang dikatakan ada pada kereta-kereta dalam sukan lumba.

Model generasi baharu ini menggunakan enjin baharu empat lejang bersesaran 125cc untuk menjana kuasa 9.2hp pada 7,000rpm dengan tork 10.6Nm pada 5,500rpm.


Honda MSX125 menggunakan sistem klac tangan tetapi kotak gear kini adalah jenis manual lima kelajuan. Model tahun 2016 cuma menggunakan empat gear manual. Motosikal ini menggunakan teknologi penyamaian PGM-Fi.

Model ini ada pembaharuan pada lampu depan yang berbentuk oktagon. Lampu ini kelihatan lebih besar disebabkan dua bahagian lampu LED yang terpisah kini menjadi satu. Instrumen meter jenis LCD kini berbentuk segi empat dan ada indikator gear. Honda memasang sistem ekzos baharu untuk MSX125.


MXS125 baharu ini dijual pada harga 77,400 baht (RM10,300) untuk veris ABS dan standard dikenakan bayaran 69,900 baht (RM9,300). Versi ABS cuma ada satu warna iaitu hitam tona kelabu manakala pilihan MSX125 standard ada tiga warna iaitu merah, biru dan hitam.