Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi Motors di Malaysia mengumumkan harga baru bagi model Mitsubishi ASX and Outlander.

Harga baharu itu berkuasa serta-merta hari ini sehingga 31 Disember 2020 selepas kerajaan baru-baru ini mengumumkan pengecualian cukai jualan 100 peratus bagi kenderaan penumpang pemasangan, manakala import sebanyak 50 peratus. Bagi Outlander, harga berkurang sehingga RM5,126, manakala RM8,154 bagi ASX.

Ini senarai harga bagi kedua-dua model berkenaan untuk pasaran Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur.