Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) memperkenalkan satu pakej baharu untuk Nissan X-Trail yang menyerlahkan lagi penampilan, atletik dan pengendalian penuh prestasinya; Nissan X-Trail Talaan IMPUL Baharu.


Nissan X-Trail Talaan IMPUL kini hadir bersama Aerokit lengkap IMPUL dengan Spoiler Bampar Aero Hadapan dan Belakang Dua Tona, Kemasan Gril V-Motion Berwarna Hitam Berkilat, Skirting Sisi dan Spoiler Belakang, sekali gus memberikan X-Trail yang versati ini penampilan yang lebih agresif.


Rim 18” IMPUL Aura SX-50 dilengkapi dengan tayar Continental ContiMaxContact MC6 memberikan kualiti cengkaman luar biasa dan prestasi pengendalian lebih mantap.


Sementara Sport Spring IMPUL pula ditala untuk pengalaman pemanduan yang responsif. Ia memberikan pemanduan yang stabil dan selamat, seterusnya menyerlahkan semangat perlumbaan sukan bermotor IMPUL.


Selain daripada bahagian luaran yang ekspresif dan alat ganti berprestasi tinggi, ruang kabin Nissan X-Trail Talaan IMPUL juga dipertingkatkan menerusi penggunaan kemasan kulit Nappa berwarna Maroon pada tempat duduk, papan pemuka, perlindungan lutut dan perehat tangan.


Pakej Nissan X-Trail Talaan IMPUL baharu ditawarkan pada harga RM11,000 serta boleh didapati dalam empat varian 2.0L Hibrid, 2.5L 4WD, 2.0L 2WD MID dan 2.0L 2WD.

Harga adalah seperti berikut:


Bagi pelanggan dan pemilik Nissan X-Trail sedia ada, anda juga boleh menaik taraf jentera masing-masing dengan pakej IMPULdengan harga seperti di bawah: