Pelakon terkenal Korea, Lee Min Ho bakal melebarkan sayapnya ke Hollywood selepas disahkan membintangi siri original Apple berjudul Panchinko.

Berita itu gembira itu diumumkan oleh pihak Apple menerusi satu kenyataan media baru-baru ini.

Menurut laporan Variety, Min Ho bakal menggalas tanggungjawab sebagai peranan utama dalam siri berkenaan.

Pihak mereka juga membertahu proses produksi Panchinko dijadualkan akan bermula pada 26 Oktober (esok).

Drama adaptasi novel karya Min Jin Lee ini akan didatangkan dengan tiga bahasa iaitu Inggeris, Korea dan Jepun.

Min Ho akan membawakan watak Hansu iaitu karakter yang digambarkan sebagai orang asing dan penuh teka-teki.

Hansu juga mempunyai hubungan dengan jenayah terancang yang terlibat dengan percintaan terlarang sehingga menimbulkan isu besar.

Selain Min Ho, bintang lain yang terlibat dengan Panchinko adalah Jin Ha, Anna Sawai, Minha Kim, Soji Arai, dan Kaho Minami.

Drama ini menceritakan tentang harapan dan impian empat generasi keluarga imigran Korea.

Pachinko juga merupakan drama terbaharu Lee Min Ho selepas The King: Eternal Monarch yang ditayangkan pada April tahun ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU