Pelakon drama Korea popular It’s Okay Not To Be Okay, Seo Ye Ji bakal muncul dengan naskhah baharu.

Menurut laporan media Korea, Ye Ji mendapat tawaran untuk menjadi pelakon utama dalam drama bersiri terbitan OCN berjudul Island.

Malah sumber daripada agensi Ye Ji, Gold Medalist juga mengesahkan perkara itu.

“Memang benar Ye Ji ada menerima tawaran berlakon untuk drama Island. Dia kini dalam proses meneliti tawaran tersebut sebelum memberi sebarang keputusan,” katanya.

Island merupakan drama berbentuk fantasi misteri ini mengisahkan tengang seorang pewaris kaya yang cantik dihalau keluarga ke Pulau Jeju selepas terpalit kontroversi.

Di Pulau Jeju, dia kemudiannya berada dalam keadaan bahaya selepas bertemu dengan pemburu makhluk ghaib (Yokai Hunter) yang merancang untuk menghancurkan manusia.

Tayangan drama berkenaan dijadualkan pada awal tahun 2021 dengan 10 episod.

Terdahulu, Ye Ji terkenal dengan membawakan watak wanita misteri, Ko Moon Young menerusi drama It’s Okay Not To Be Okay.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU