Kisah yang dikongsi oleh pengguna Twitter yang menggunakan akaun Twitter @RimauXI cukup ringkas tetapi sangat bermakna. Di sebalik mereka yang bertanding di Sukan SEA, jurulatih dan lain-lain, ada pengorbanan yang sangat besar daripada seorang ayah dan ibu. Baca kisah menarik ini tentang ayah kepada pemenang dua pingat emas acara Wushu, Loh Choon How.

Sedang tunggu giliran untuk cukur kepala, masuk Pakcik ini memohon izin daripada tuan kedai untuk ambil dua helaian akhbar. Tuan kedai kata ambil semua, dia kata nak ambil dua saja sebab anak dia.



Anak-anak watan, ucapkan tahniah kepada Encik Loh Hon Far, bapa kepada pemenang dua pingat emas pertandingan Wushu di sukan SEA, Loh Choon How.

Encik Loh Hon Far, 56, berasal dari Tronoh, Perak dan kini menetap di Kota Damansara, Selangor. Beliau merupakan bapa kepada Loh Choon How, pemenang dua pingat emas Wushu melalui acara Taijiquan dan Taijijian.



Selesai cukur kepala, aku cari dia di kedai dia dan selitkan not RM100 ke poketnya sebagai tanda terima kasih kerana mengharumkan nama negara.

Mengikut kepada komen-komen yang ditinggalkan, Encik Loh Hon Far mempunyai sebuah kedai hardware di Seksyen 7, Kota Damansara.

Kredit Gambar/Video: @RimauVI / Google / Astro Arena

Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter menggunakan akaun Twitter @RimauVI dan mendapat lebih 3,000 Retweet. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]