Skip to main content

Hiburan

Bekas Isteri Pelawak Dedah Sebab Sebenar Tanggal Tudung - “Saya Kecewa Dengan Allah…”

ddg

Sekilas

Selepas dua tahun berlalu, bekas isteri kepada pelawak terkenal Indonesia, Sule, iaitu Nathalie Holscher akhirnya tampil membuka mulut mengenai alasan sebenar dia menanggalkan hijab.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun TikTok @chachaamarica5, Nathalie mengakui keputusan itu dibuat ketika dirinya berada dalam keadaan kecewa dan terkilan terhadap takdir yang menimpa hidupnya.

Nathalie yang memeluk agama Islam pada September 2020 berkata, dia berdepan ujian besar dalam kehidupannya, terutama selepas melalui perceraian bersama Sule yang memberi kesan mendalam terhadap emosinya.

“Kenapa hidup saya jadi begini? Ya Allah, kenapa saya diberikan ujian seperti ini? Saya tertanya-tanya kenapa, kenapa dan kenapa.

“Salah satu masalah terbesar dalam hidup saya adalah perceraian itu,” luahnya.

Bagaimanapun, Nathalie mengakui tindakannya menanggalkan hijab adalah satu keputusan yang tidak wajar dijadikan contoh, malah dia tidak mahu orang lain mengikut langkah yang sama.

“Keputusan untuk membuka hijab ini sebenarnya tidak patut dicontohi oleh sesiapa yang menonton,” katanya.

Untuk rekod, Nathalie Holscher memeluk Islam pada 22 September 2020, sebelum sah bergelar isteri kepada Sule.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 15 November 2020 dalam sebuah majlis yang berlangsung di Tsamara Resto, Jawa Barat.

Tidak lama selepas bergelar mualaf dan berkahwin, Nathalie memilih untuk mengenakan hijab sebagai tanda penghijrahan diri.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Adzam Ardiansyah Sutisna. Namun, rumah tangga pasangan itu tidak bertahan lama apabila mereka rasmi bercerai pada 10 Ogos 2022.

Selepas menyandang status ibu tunggal, Nathalie akhirnya membuat keputusan besar untuk menanggalkan hijab pada Julai 2023, sekali gus menjadi bualan ramai di media sosial.

Anda mungkin berminat dengan

SKINTIFIC 4-in-1 Day & Night Set

SKINTIFIC 4-in-1 Day & Night Set

Torriden Dive-In Soothing Cream

Torriden Dive-In Soothing Cream

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Nike Swoosh Printed T-Shirt Dress Children's - Black

Must-Watch Video

Advertisement