Skip to main content

Hiburan

Mahu 'Rehat' Daripada Industri, Shukri Yahaya Titip Kata Semangat Buat Fadlan Hazim - "Dia Seorang Pelakon Yang..."

Shukri Fadlan

Pelakon, Shukri Yahaya mengakui dirinya tidak pernah terdetik untuk berputus asa meskipun industri hiburan kini dibanjiri ramai bakat baharu serta pempengaruh.

 

Advertisement

Menurut Shukri atau nama lengkapnya Mohd Shukri Yahaya , selagi ada peluang itu dia akan terus memperbaiki diri demi memastikan kualiti kerjanya berada pada tahap terbaik.

 

“Saya tak pernah rasa mahu putus asa sebab ini punca rezeki saya. Kalau boleh, saya akan cari apa kekurangan saya untuk diperbaiki. Tengoklah sampai bila saya boleh berada dalam industri, cuma saya tak pernah rasa tersisih atau tercabar dengan lambakan pelakon baharu.

 

“Bagi saya, dalam industri ini kita kena pandai bawa diri. Dari dulu sampai sekarang, prinsip saya adalah jaga kerja dan jaga kualiti kerja,” katanya kepada Gempak.

 

Mengulas mengenai keputusan pelakon Fadlan Hazim yang memilih untuk berehat daripada dunia seni, Shukri menitipkan pesanan buat sahabatnya itu agar terus kuat dan tidak berputus asa.

 

“Apa yang boleh saya cakap dekat dia, jangan putus asa. Teruskan berjuang sebab saya rasa dia seorang pelakon yang rare. Pelakon lain tak ada apa yang dia ada, jadi kalau boleh teruskan.

 

“Saya tak nampak apa kekurangan dia, cuma mungkin apa yang dialami itu saya tak tahu. Kita kena hormat apa jua keputusan dia,” ujarnya.

 

Terdahulu, pelakon Fadlan Hazim mengambil keputusan berundur seketika daripada dunia seni selepas usaha bertahun-tahun mencari ruang dalam arena lakonan seperti dipandang sepi. 

Fadlan atau nama lengkapnya Fadlan Hazim Anuwar, 33, berkata, dia sudah terlalu penat kerana selepas sekian lama memberi sepenuh jiwa terhadap kerjaya seni tetap berakhir dengan kekecewaan.

Must-Watch Video

Advertisement