Rumah tangga pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim dipercayai kembali pulih selepas dia berkongsi foto mesra bersama isteri, Nur Syazwani Mizuana Shahri dan anak mereka di media sosial.
Menerusi hantaran di InstaStory, Faisal memuat naik gambar memeluk erat isterinya dan anak, Khalish Aryan dengan latar lagu Sayang Sampai Mati nyanyian kumpulan Repvblik serta kapsyen ringkas berbunyi Alhamdulillah.
Advertisement
Lebih menguatkan khabar gembira itu, Nur Syazwani turut memuat naik semula foto sama dengan menzahirkan rasa syukur.
“Alhamdulillah. Maaf dan lupakan. Semoga Allah lindungi perkahwinan kami hingga ke syurga.
"Sayang awak Faisal Halim. Rasa macam baru kahwin semalam,” tulisnya.

Sebelum ini, Nur Syazwani memfailkan perceraian terhadap Faisal di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor selepas enam tahun mendirikan rumah tangga.
Perkara itu turut disahkan peguamnya, Roshdan Sujak Rafie yang memaklumkan bahawa mahkamah menetapkan 16 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes perceraian pasangan tersebut.
Untuk rekod, pasangan berkenaan berkahwin pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Khalish Aryan.