Selepas meraih pelbagai kejayaan menerusi filem pertama, sekuel kedua Wonder Woman akhirnya muncul.

Biarpun tayangan di pawagam agak ‘terbantut’ kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada Disember lalu, namun Wonder Woman 1984 masih hebat diiperkatakan.

Berita baik buat anda yang tertunggu-tunggu filem hebat DC Comics ini, Wonder Woman 1984 telah pun ditayangkan secara eksklusif di Astro Best!

Persoalannya, mampukah Wonder Woman 1984 menandingi filem pertamanya.

Adakah ia benar-benar hebat untuk anda tonton terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini?

Gempak sempat menonton filem Wonder Woman 1984 semalam dan ini antara sebab mengapa anda juga wajib menyaksikannya!

#1 Jalan Cerita Straight Foward! Tak Perlu Keliru Dengan Timeline

Filem kali ini mengisahkan Diana Prince (Wonder Woman) berada di era 80-an yang mana dia kini bekerja di salah sebuah pusat penyelidikan barangan antik dan berharga.

Diana kemudian bertemu dengan Barbara Ann Minerva yang baru mula bekerja.

Ketika itu, terdapat sebuah batu ajaib yang perlu dikaji oleh Barbara tanpa mengetahui ia dapat mengabulkan keinginan sesiapa yang memegangnya.

Selain Diana dan Barbara, seorang jutawan dikenali sebagai Maxwell Lord turut memegang batu tersebut dan memiliknya sebelum mencetuskan kekecohan luar kawalan.

Mudah bukan? Secara keseluruhan jalan filem ini agak mudah untuk difaham biarpun banyak membabitkan artifak lama penuh sejarah.

#2 Plot Tak Membosankan, Banyak Elemen Kejutan!


Filem ini tidak akan membuat anda tunggu lama untuk anda teruja menontonnya di hadapan depan televisyen.

Mula saja cerita anda sudah ‘dihidangkan’ dengan sedikit sejarah Diana sebelum bergelar Wonder Woman.

Elemen ‘throwback’ ini memberi gambaran tentang kehebatan Diana biarpun masih kecil.

Selain itu, filem kedua Wonder Woman ini juga penuh dengan kejutan yang tidak dijangka.

#3 Pelbagai Watak & Supervillain

Keistimewaan Wonder Woman kali ini adalah musuhnya bukan lagi satu namun lebih daripada itu.

Terdapat watak Cheetah Girl yang mempunyai kekuatan luar biasa, malah setanding dengan Diana.

Terdapat juga watak Supervillain yang mampu menunaikan hajat semua orang dalam sekelip mata.

#4 Aksi Pertarungan Buat Adrenaline Rush Anda Naik Mendadak!

Tak lengkap rasanya menonton filem Wonder Woman tanpa sebarang aksi pertarungan.

Disebabkan kekuatan Wonder Woman ini melangkaui keupayaan manusia, maka musuhnya bukanlah biasa-biasa.

Malah, Diana kali ini terpaksa berdepan dengan dua supervillain. Pastinya aksi lawan itu lebih mencabar.

Tidak cukup dengan itu, Diana juga telah mempelajari skil baru yang akan membuatkan penonton tergamam.

Ada satu skil telah dipelajar ketika Diana kecil, namun satu lagi hanya baru diketahui Diana dalam filem ini.

Tidak dilupakan, sebuah kostum baru Wonder Woman yang berwarna emas juga akan ditampilkan dalam filem ini!

#5 Terjawabnya Persoalan!

Jika anda telah menonton filem pertama Wonder Woman, pastinya anda ketahui yang watak Steve Trevor lakonan Chris Pine telah terkorban.

Namun, menerusi trailer Wonder Woman 1984, watak ini dilihat telah kembali muncul.

Malah, ada yang mendakwa Diana menggunakan kuasa ‘time travel’ untuk menghidupkan semula teman lelakinya.

Namun hakikatnya kesemua teori itu salah.

Jadi bagaimana Steve boleh kembali hidup? Persoalan itu akan terjawab jika anda menonton filem ini.

Secara keseluruhannya Wonder Woman sangat menarik ditonton terutamanya ketika kita semua sedang menjalani PKP.

Duduk rumah sambil menonton filem baru dan ditambah pula dengan snek popcorn dimasak sendiri, ia sememangnya satu kenikmatan tidak dapat digambarkan.

Rating Gempak 8/10

Jadi apa tunggu lagi? Inilah peluang anda menyaksikan Wonder Woman 1984 secara eksklusif, malah menjadi antara terawal.

Sewa sekarang dan saksikan dengan segera di Astro Best (Saluran 481) atau On Demand Store. Hanya sambungkan PVR Box atau Ultra Box anda ke Wi-Fi dan strim pada bila-bila masa.

Muat turun juga aplikasi Astro GO untuk strim filem Wonder Woman 1984 dalam keselesaan rumah anda. Untuk maklumat lanjut, sila ke content.astro.com.my.