Dek kerana pandemik Covid-19, berita kematian datang silih berganti. Seakan dekat dan hampir. Jika dahulunya apa yang kita baca di media sosial adalah pemergian orang lain, yang tak kita kenali. Tetapi sejak kebelakangan ini, pertalian si mati dengan kita tidak jauh kaitannya. Suami kehilangan isteri, anak kehilangan ayah, adik kehilangan kakak dan pertalian itu semakin dekat dan rapat serasanya.

Kredit Foto: Google

Walau bagaimana bersedia sekalipun mental kita, pasti saat tiba waktu itu; seakan tenggelam punca. Dan inilah muat naik seorang doktor yang gemar berkongsi ilmu kesihatan, bisnes dan rumahtangga di Facebook nya. Bukan Pelan Pemulihan Negara (PPN) saja yang ada fasa, begitu juga dengan tingkat emosi seseorang. Berikut adalah huraian lima fasa yang telah atau bakal kita hadapi apabila menerima perkhabaran mengenai kematian. Tulisnya:

Apa yang terjadi pada emosi kita bila kita kehilangan orang yang tersayang?

Ada 5 fasa yang akan dilalui ketika kita menerima berita kematian orang yang kita sangat sayang

Kredit Foto: Google

Fasa 1 : Denial

Pada fasa ini kita seolah-olah tak boleh nak terima keadaan yang berlaku. Kita akan kerap berkata pada diri kita "Ini semua tak benar! Ini semua tak mungkin terjadi! "

Fasa 2 : Anger

Pada fasa ini kita akan cari sesuatu atau seseorang untuk disalahkan. " Kenapa benda ni terjadi pada aku?! Siapa bersalah sebenarnya dalam hal ni? "

Kredit Foto: Google

Fasa 3 : Bargaining

Pada fasa ini pula kita akan mula merayu-rayu dan minta keadaan dikembalikan seperti sediakala." Ya Tuhan. Kembalikan Dia. Aku janji akan jaga dia sebaiknya!"

Fasa 4 : Depression

Pada fasa ini kita akan mula memasuki fasa hampir menerima tetapi masih dalam kedukaan yang agak dalam. " Aku tak larat nak buat apa apa dah "

Kredit Foto: Google

Fasa 5 : Acceptance

Pada fasa ini kita perlahan-lahan sudah boleh menerima. Kita akan mula berdamai dengan takdir. " Allah lebih sayangkan dia. Terima kasih Allah pinjamkan dia kepadaku selama ini " Fasa ini boleh berlaku dengan cepat ataupun lambat. Bergantung pada individu.

Ada orang makan bertahun tahun lamanya untuk ke fasa 5 dan ianya akan sangat menyakitkan. Ada orang yang makan masa beberapa hari ataupun minggu untuk berdamai dengan takdirnya.

Apa pun, sentiasalah bantu beri sokongan emosi dan doa kepada orang yang baru kehilangan orang mereka sayang terutamanya kalau orang itu seorang lelaki.

Seorang lelaki sangat susah menujukkan emosinya tetapi percayalah ribut emosi yang melanda di dalam diri orang lelaki yang baru kehilangan orang tercinta terkadang lebih dasyat dan lebih hebat.

Nota kaki : Sebarkan ilmu ini pada kaum kerabat kita kerana ilmu ini sangat membantu untuk mereka berdamai dengan takdir dengan lebih cepat jika ditakdirkan terjadi hal yang tidak diingini

Kredit FB Dr Taufiq Razif