Setiap orang pasti punya cara dan kaedah tersendiri apabila berbicara mengenai duit simpanan. Namun, malangnya mengikut statistik Kajian Literasi Kewangan Malaysia RinggitPlus (RMFLS) 2019 dengan kerjasama Visa mendedahkan sebanyak 43 peratus rakyat di negara ini membelanjakan semua pendapatan mereka. Malah ramai dalam masyarakat kita sebenarnya tidak memahami konsep simpanan asas. Kebanyakan akan menyimpan apabila mempunyai lebihan wang.

Benar, dengan kedudukan ekonomi yang tidak stabil susulan pandemik Covid-19 membuatkan ramai yang hilang mata pencarian. Ditambah pula dengan kos sara hidup yang tinggi di bandar-bandar besar, bebanan kewangan dan ketidakcekapan pengurusan kewangan yang betul akhirya membuatkan segelintir daripada kita terpaksa berhutang. Tetapi walau diuji dengan pelbagai perkara, mahu atau tidak kita perlu belajar menguruskan kewangan dengan betul. Dan menerusi perkongsian Mior Hafis Mior Ahmad, hanya berbekalkan pendapatan RM1,000 masih ada peruntukan wang yang ditetapkan untuk simpanan. Ini kisahnya.

Kredit Foto: Google

Selagi Tak Belajar Urus Kewangan Dengan Betul, Selagi Itu Kewangan Kita Takkan Sihat Walafiat.

Anak muda yang baru bekerja pasti akan hadapi masalah ini. Dugaan untuk hanyut dalam kancah pembaziran amat la besar. Jangan risau. Korang semua ada kuasa untuk mengawal masalah ni. Yang penting, berbelanja ikut kemampuan. Bukan jadi ‘pak turut’ sang nafsu. Anak muda, pasti korang dapat input yang baik lepas hadamkan pengalaman Tuan Mior Hafis Mior Ahmad sewaktu mula bekerja dulu.


Alhamdulillah, rezeki pertama selepas graduate. Kerja pertama aku (sesuai dengan latar belakang pendidikan Kej. Mekanikal ) ialah di sebuah kilang O.Y.L iaitu kilang membuat aircond berjenama YORK. Tak lama menunggu selepas dari grad, rezeki pekerjaan datang menerjah. Bertugas sebagai Technical Assistant R&D, di mana kerja aku lebih kepada design dan testing aircond yang dikeluarkan.


Pada ketika itu gaji permulaan aku ialah sebanyak RM 1200. Bagi aku ianya nilai yang tinggi, mana taknya kalau dibandingkan dengan gaji rakan-rakan ku yang lain. Tapi apakan daya. Jodoh aku di syarikat ini tak lama. Aku hanya sempat bertugas selama 1 bulan sahaja kerana mendapat tawaran kerja di Kuala Lumpur. Dimana aku selepas itu? Sebuah syarikat konsultansi oil & gas yang terletak di Ampang. Jawatan yang ditawarkan kepada aku ialah pembantu jurutera. Wah! Dengar nama jawatan pun sudah cukup membanggakan. Malangnya gaji yang ditawarkan kepada aku tak la begitu tinggi seperti gaji lama aku di syarikat lama. Kat sini, gaji permulaan aku hanyalah RM 1,010 sahaja (dalam tempoh percubaan).


Disebabkan memang keinginan aku untuk berkerjaya dalam bidang oil & gas, aku gagahkan diri untuk terima jawatan ini setelah berfikir panjang. Setelah tiga bulan berkerja dan jadi permanent staff, gaji aku dinaikkan ke RM 1,100. Alhamdulillah! Banyak aspek berkaitan pengurusan wang yang aku perlu ambil kira sewaktu berkerja di sini. Aku tak mahu bercerita tentang dunia pekerjaan aku kerana past is past. Tapi aku nak bercerita bagaimana aku menguruskan kewangan dengan gaji sebanyak itu. Dengan gaji sebanyak RM 1,100 dan terpaksa menghadapi gaya hidup kota metropolitan, ianya perlukan kesabaran dan ketahanan jiwa.

Kredit Foto: Google

Gaji bersih setelah ditolak EPF dan SOCSO aku hanya tinggal kurang lebih RM1,000. Aku hanya menunggang motorsikal berulang alik dari Shah Alam ke Ampang. Tempoh masa perjalanan hampir 45 minit jika tak hujan. Jika hujan lebat atau petir pun aku redah juga kadang-kadang. Kos minyak motosikal aku untuk sebulan ialah RM30. Dengan motosikal, aku dah jimat dari membayar tol dan parking di Kuala Lumpur. Jika korang berkerja di Kuala Lumpur pasti akan memahami kadar bayaran parking disana.


Makan? Aku bukanlah jenis yang memilih dalam mengisi ruang perutku ini. Yang ringkas dan mudah, lebih penting dapat melapik perutku ini. Sarapan pagi aku setiap hari di pejabat ialah roti gardenia RM0.50 dengan air teh dibancuh sendiri. Bagi aku ia cukup untuk sarapan pagi sebelum memulakan kerja. Makan tengahari aku kebiasaannya adalah menu yang ringkas seperti nasi putih, ikan keli, telur goreng, kuah atau gulai dan air kosong. Anggaran harga kurang lebih dalam RM5.50. Kos sebulan untuk makan tengahari aku dan sarapan pagi dianggarkan dalam RM200 saja. Kadang-kadang aku skip lunch di pejabat, kerana aku ada habit makan berat di rumah selepas pulang dari pejabat. 2 in 1, makan tengahari + makan malam = kenyang. Di situ berlaku lagi aktiviti penjimatan secara bijak. Yang penting korang jangan skip sarapan pagi. Sarapan sangat penting! Jika tak pun, makan malam aku hanya di rumah mak ayah. Aku jarang lepak makan minum di luar waktu malam.

Kredit Foto: Google

Tetap Hulur Duit Pada Mak Ayah

Rumah sewa? Alhamdulillah, aku sangat bertuah waktu itu kerana aku tak perlu menyewa rumah. Aku tinggal di kediaman keluarga di Shah Alam. Tapi, bukanlah tinggal secara percuma. Setiap bulan, aku akan berikan duit belanja kepada mak ayah aku. Kalau tak dapat RM200 sebulan, RM100 pun akan berikan.


Awal permulaan kerja, aku tak berkereta. Hanya motor jadi peneman setia aku. Tipu la kalau waktu itu tak memikirkan kereta berjenama HONDA, VOLKSWAGEN, SWIFT. Tapi aku belum bersedia lagi untuk menambah komitmen tinggi setiap bulan. Cukuplah motor Lagenda 115Z yang dapat membawa aku ke tempat kerja dengan bayaran bulanan sebanyak RM130. Sangat rendah jika dibandingkan dengan ansuran bulanan kereta jenama mewah tadi, yang hampir mencecah RM600 ke atas.


“Mujur gaji aku kecik. Kalau beli kereta mewah pun, belum tentu lepas loan”. Aku takde pinjaman yang lain dan aku bebas dari pinjaman peribadi waktu itu. Masih dara lagi orang kata, tak tahu nak buat apa dengan gaji. Walaupun banyak bisikkan di telinga menyuruh itu ini, aku cuba pekakkan telinga dan butakan hati dalam pembaziran. Malah aku bersyukur sebab aku tak terjebak dengan kad kredit, dan aku juga tak mempunyai 1 kad kredit pun hingga ke hari ini.

Kredit Foto: Google

Tak Mustahil Boleh Simpan Setengah Daripada Gaji Bulanan


PTPTN – Setiap bulan aku akan bayar sebanyak RM 50 / RM 100. Kadang-kadang culas juga membayarnya. Alhamdulillah, PTPTN aku dah pun langsai ketika ini. Aku juga bukan jenis yang suka membeli belah. Apa yang ada, aku pakai malah baju seluar bundle pun aku pernah beli. Jenama? Semua itu aku tolak ke tepi kerana tiada kepentingan pun, ia lebih kepada keinginan diri. Yang penting aku berpakaian dan sopan. Jika ada lebihan wang barulah aku akan beli sehelai dua baju kemeja untuk dipakai waktu kerja. Penampilan juga kena jaga, janganlah kedekut sangat atau zalim terhadap diri.


Jadi, kos yang aku keluarkan dalam sebulan ialah : Minyak motor + makan + duit belanja keluarga + ansuran motor + PTPTN + top-up = RM30 + RM200 + RM100 + RM130 + RM50 + RM30 =
RM540. Ini pulak jumlah simpanan yang aku pada waktu tu : Gaji bersih – belanja = Simpanan
RM1,000 – RM540 = RM460.

Kredit Foto: Google

Cuba bayangkan jika aku konsisten setiap bulan berbelanja sebegini? Berapa aku dapat simpan sendiri setahun walaupun waktu itu aku tak menyimpan di ASB/Tabung Haji (pulangan lebih kerana ada dividen)? Di sini, aku hanya nak tekankan konsep menguruskan wang dan cara berbelanja.

Begitulah cara aku berbelanja sewaktu mulanya berkerja dan cara menguruskan wang. Lain orang lain caranya. Tepuk dada tanya selera. Kalau korang dapat kawal nafsu keinginan, in shaa Allah korang nampak hasilnya nanti. Paling penting, ketahuilah power of sedekah. Duit yang korang simpan tu, boleh la korang kembangkan guna medium yang ada seperti ASB, Tabung Haji, dan sebagainya. Lagi terbaik, duit tu, korang guna buat down payment beli rumah. Tak payah tunggu lagi. Apa pun, sesuaikan dengan keupayaan korang. Lain padang, lain belalangnya.

Sumber: gilahartanah.com