Oleh: Rosie Haslinda Nasir






MAAF kerana membawa Linda masuk semula ke terowong masa yang amat pedih dan menyakitkan. Tetapi sebagai iktibar dan peringatan buat kita yang masih hidup, kami mohon Linda ceritakan semula — bila dan bagaimana kisah perjuangan Memen bermula?


Saya tidak pernah mengesan sebarang simptom, perubahan atau kelainan yang aneh-aneh pada Arwah Memen. Dia merupakan anak paling aktif, paling ceria dan paling sihat antara semua. Tak pernah sakit, tak pernah masuk hospital. Arwah cergas berbola sepak, bahkan kuat bersukan.



Namun sekitar Januari, sewaktu darjah lima, arwah mula mengadu kepada saya, “Mama, Memen sakit perutlah...”



Saya sangkakan masalah angin. Jadi saya belikan ubat, dan sesudah makan ubat, saya pastikan dia buang air besar, dengan harapan, sakit perutnya akan susut lalu hilang. Masuk bulan dua, pada hari jadi saya, Memen mengadu merengek lagi, “Ma, perut Memen sakit lagilah..."

“Sakit sangatkah?” Tanya saya lalu menggosok-gosok perutnya dengan minyak angin.

“Taklah sakit sangat, ma. Sakit sedap,” sambut Memen, merujuk kepada ‘sedap’ untuk melepaskan hajat besar. Saya bergegas bawa dia ke klinik, tapi jawapan doktor, “Tak ada apa-apa ni puan, perut kembung masuk angin ni,” ujar doktor sesudah menekan-nekan perutnya. Memen diberi ubat, dan kami pulang meneruskan kehidupan seperti biasa.



Masuk bulan Mac, Memen mengadu lagi sakit perut. Saya mula sangsi, apa lagi yang tak kena? Lalu kami berulang lagi ke klinik swasta. Selepas itu saya pilih untuk dapatkan rawatan di hospital kerajaan pula. Di sana, doktor menyarankan Memen ditahan wad, “Kita perlu jalankan prosedur Kolonoskopi, baru kita tahu lebih jelas, apa masalah anak puan,” doktor mengusulkan.



Maka bermulalah episod kami berulang-alik ke hospital. Daripada satu temu janji, ke temu janji berikutnya. Mula-mula scope dimasukkan mengikut anus. Kasihan Memen, saya melihat Memen, betapa dia sabar dan tabah melalui prosedur itu. Endoskop berlampu dan berkamera dimasukkan, menuju rektum dan usus besarnya.

Selesai prosedur, Memen pulang ke rumah, tetapi doktor masih belum dapat mengesan punca sakit perut Memen. Temu janji berikutnya, scope dimasukkan melalui mulut pula. Jawapan tetap serupa – doktor masih gagal mengesan punca sebenar sakit Memen.

Saya rasa tak sedap hati. Mengapa sakit Memen berulang-ulang? Sekejap-sekejap perutnya sakit. Apabila sakit perut menyerang, dia duduk terkedu, tak lagi melompat-lompat nakal seperti kelaziman. Lalu saya dan bekas suami (Keifli Othman) kemudiannya bersepakat membawa Memen ke hospital swasta untuk jalani MRI.


Al-fatihah? Rindunyaa anak syurga mama ni dah nk masuk 3x puasa&Raya tanpa men... @rezaimen_keiflin #prayformemen #menunggumudipintusyurga #memenahlisyurga #rezaimenkeiflinbinazlinda

A video posted by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on

Sumber: @lindarafar

“Puan Linda...” Doktor terhenti di situ, keputusan MRI Memen tidak terlucut dari tangannya. “Tuan Keifli dan Tuan Syed...” doktor menuturkannya dengan perlahan, saya renung mata doktor yang berbalam-balam. Sesaat pun tidak saya lepaskan daripada pandangan. “Kami mengesan ketumbuhan di dalam perut anak puan dan tuan-tuan,” sambungnya perlahan.

Hati saya bagaikan dipanah halilintar yang maha dahsyat. Tetapi hati saya masih berkata-kata, tak ada apa-apa, tak ada apa-apa, everything will be fine, everything will be alright... Saya menyedapkan hati sendiri. Mantra itu berdengung-dengung dalam kepala saya.

“Besarkah ketumbuhannya doktor?” Sekonyong-konyong saya terpaksa bertanya, dengan hati paling berat. “Besar juga, puan. Berdasarkan saiznya, kami anggarkan berat ketumbuhan di dalam perut anak puan sudah mencapai satu kilogram.”

Allah Yang Maha Besar, mengapakah ini yang Kau datangkan kepadaku?

Saya cuba membayangkan betapa azabnya kesakitan yang ditanggung Memen, dengan ketumbuhan sebesar itu menyendati perutnya. Aduhai Memen, maafkan Mama!



“Saya cadangkan puan dan tuan segera lanjutkan kes ini ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Di sana ada doktor pakar yang jauh lebih arif untuk tangani kes sebegini.”


SelamatMalamSemua..IngatLaaWahaiUmatMuhammad.. Dugaan dunia dasyat..bukak mata je ada je dugaan yg dtg...tp tu laa pengajaran..kena banyak sabar n sabar ye..Moga Allah Ampunkan dosa kita semua dan jauhkan kita drp azab kubur..ameen. #alfatihahformemen #menunggumudipintusyurga #memenAhliSyurga Ameen?

A photo posted by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on

Sumber: @lindarafar


Kami tidak bertangguh lama. Keesokan harinya sesudah Subuh, Memen kami kejarkan ke HUKM. “Puan, sewajarnya anak puan perlu lalui beberapa ujian untuk pengesahan pihak makmal. Tapi kes anak puan ini kami anggap sangat-sangat kritikal. Saya sarankan pembedahan dilakukan seberapa segera,” nasihat doktor pakar di sana.

Memen menangis ketakutan apabila berita ketumbuhan di dalam perut, sampai ke telinganya. “Kenapa dengan Memen, Mama?” Kenapa??” Dia menangis ketakutan.

Hati saya sangat sedih dan merusuh, tetapi ya, untuk Memen — saya harus berlakon dan berpura bahawa semuanya baik-baik belaka, “Ish, tak ada apa-apalah sayang,” saya menenangkannya, “Ketumbuhan biasa sajalah sayang.”

Gelora yang geruh, berpusar-pusar di dalam hati. Hanya Allah​ SWT yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

#Throwback ❤ Saat Yg Tak Pernah Skali pon Dpt Ku lupakan..Ketika Doc Memberi tahu ku yg anak syurga ku #RezaimenKeiflinBinAzlinda Mengidapi ketumbuhan di perut yg kritikal..Ya allah,bertapa hancurnya perasaan seorang ibu yg melahir dan membesar kan memen yg tidak pernah sakit sepanjang hayatnyaa dan sentiasa ceria dlm keluarga ku?..Ketika itu,ku bertanya kepada Allah?? Mengapa dah kenapa ku yg Allah pilih? Blum puas aku menjaga dan membesarkan nyaa....Apa kah dosa ku ya Allah sehingga ku di uji seberat ini...Namun skrg dan ketika ini..aku Yakin dan Redha bahawa Hanya Allah yg tahu segalanyaa...Dia laa yang maha berkuasa di atas muka bumi ini...Rehat dan aman laa men di sana bersama sang pencipta?..Mama hanya mampu berdoa dan trus berdoa utk men n arwah tok bah di sana..mama yakin men sedang selesa dah gembira bersama para rasul dah para nabi di taman2 syurga...Dunia sementara dah akhirat selamanyaa☺ Pada followers,family n frens yg di sayangi..terima kasih x terhingga yg tidak putus2 mendoakan anak syurga linda dan diri linda...Hanya Allah yg mampu membalasnyaa #menungguMuDiPintuSyurga #TenangLaaMenDiSana #Al-fatihah #RezaimenKeiflinBinAzlinda #MemenAhliSyurga #RamadhanKeduaTanpaMen ?...MamaSayangMenSangat2??

A photo posted by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on

Sumber: @lindarafar

Pembedahan membuang ketumbuhan seberat satu kilogram itu dianggarkan berlangsung empat jam sahaja. Tetapi bayangkanlah, sudah sembilan jam berlalu dan Memen masih belum diusung keluar dari dewan pembedahan. Jika ini yang terjadi kepada anda, dapatkah anda membayangkan kesengsaraan penantian itu? Apakah yang terjadi di dalam kamar bedah? Mungkinkah doktor menghadapi kesulitan? Apakah Memen akan kembali semula ke pangkuan saya dalam keadaan bernyawa?

Memen akhirnya diusung keluar — kaku, wajahnya pucat lesi, bibirnya biru, dia tertidur tidak sedarkan diri. Hati saya bagai disiat-siat melihat tiub berlingkaran, di hidung, di tangannya, di mulutnya.

Bangunlah anakku Memen, bangunlah cepat nak. Mama tunggu Memen.


Al-fatihah #rezaimenkeiflinbinazlinda #MemenAhliSyurga #AllahMahaMengetahui ... 1st day arwah men admitted at hukm n diagnose Cancer stage4? Dugaan Allah sgt berat utk diriku.. Bukan senang utk lalui semua ni... Hanya kekuatan serta keimanan yg kuat shj bole membuatkan diri ku trus redha.. Puas ku mencari punca Cancer yg ada dlm badan anak syurgaku.. Ternyata kaum keluarga serta atok moyang tiada yg mengidapi penyakit ini... Jadi dgn usaha serta semangat.. Ku hasil juice yg penuh dgn khasiat serta mengandungi makanan sunnah nabi seperti airzam2 kurma nabi yg bole membantu membunuh sel2 cancer yg baru nk bermula dlm darah... Formula yg ku kongsi bersama seorang doc pakar.. Terhasil laa Juice Uno1 Benefit of Uno 1 juice : ● Vitamin C content to help increase the level of immunisation in our body system. ● Consist of high fibre to help with constipation and removing toxins from the body. ● Acts as an anti-oxidant to help protect against free radicals that causes cancer and other illnesses. ● Increase in energy level, look fit and healthy. ● Skin will be smooth and glowy. ● Stabilize and normalize blood pressure and cholesterol ● Keep you looking young. Ingredients: • Mangosteen • Dragon fruit • Honey dates • Soursop • Sabah Snake grass • Apricot seeds • Black seed oil • Strawberry • Bilberry • Acaiberry • Grapes • Blessed water - Zam Zam • Stevie • Natural food flavour • Stabilizer • Colouring • Preservatives Pada sesiapa yg berminat nk mencuba bole watsaap 0192626655 Insyaallah dgn izin Allah...

A photo posted by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on

Sumber: @lindarafar

Kami sekeluarga diarahkan menemui doktor di bilik, “Kami ada dua berita untuk puan sekeluarga,” kata doktor, "Satu adalah berita baik, tapi maafkan saya, berita kedua agak kurang baik.”

Jantung saya berdebar-debar bukan kepalang. Bibir saya kering. Telapak tangan saya sejuk. Kaki saya ngilu.

“Berita baiknya, syukur alhamdulillah, macam yang puan lihat, pembedahan kami berjaya walaupun memakan masa sembilan jam dan ada sedikit komplikasi. Tapi, saya mohon puan jangan menangis dengan berita kedua ini.”



Jantung saya yang kesat, menggelungsur ke kaki.



“Inilah ketumbuhan yang berjaya kami keluarkan dari perut anak puan. Tetapi di dalam perut anak puan, masih anak kelenjar-kelenjar lain. Atau untuk pemahaman puan, masih ada gelembung-gelembung kecil yang masih aktif dan berpotensi untuk membesar dan menjadi ketumbuhan baru. Kami belum boleh pastikan adakah ia ketumbuhan biasa atau kanser. Buat masa ini, usus anak puan terpaksa kami letakkan di luar... Kerana apabila ada pembedahan yang melibatkan usus besar... najis akan dihalang daripada melalui tempat yang luka. Kerana itu kita perlu gunakan beg stoma buat sementara, puan... Apabila kami benar-benar pasti usus besar anak puan sudah sembuh dan boleh disambung semula, barulah kita hentikan penggunaan beg stoma..."

Ya Rabb!

Saya meraung, kehabisan tangis. Kaki saya lembik. Dalam fikiran yang berputar-putar, gelap lagi menyesatkan, saya cuba membayangkan, apakah bentuk kehidupan yang akan Memen tempuhi selepas ini, apabila duduk-letak ususnya tidak lagi seperti manusia biasa?

“Untuk berapa lama doktor?”

“Setahun.”

Allahu Akbar! Sesaat pun tiada saya sanggup melihat Memen menderita kesakitan. Inikan pula menyaksikan ususnya dibongkar keluar dari perutnya selama 365 hari? Mampukah saya menjadi kuat? Kuatkah saya memimpin Memen menempuhi satu demi satu ujian luar biasa ini?


By @lindarafar "Al-fatihah...KenanganBersamaArwah @rezaimen_keiflin & abg @rezarilkeiflin .. . #PrayForMemen #AlfatihahForMemen #memenAhliSyurga #menuggumudipintusyurga . Selamat malam.. baru lps baca yassin...

A photo posted by BEAUTY FROM HEAD TO TOE (@linaakhsani) on

Sumber: @lindarafar

Keputusan penuh menyusul seminggu selepas itu. Tetapi sementara menunggu detik itu, saya menjaga Memen di ICU, hati hancur luluh melihat tiub melingkar masuk ke hidung, morfin diberi agar kesakitan itu lebih tertanggung. Dan yang paling membuat saya menangis adalah mengurus beraknya yang tidak lagi seperti kanak-kanak yang sihat. Ususnya kini berlingkaran di luar perut, di dalam beg stoma (karung plastik khas) dan apabila Memen tersedar, dia terperanjat bukan kepalang melihat ususnya yang lembik kemerah-merahan berada di depan matanya sendiri!

“Ma, kenapa dengan perut Memen?? Kenapa ada plastik kat luar perut Memen??”



“Tak ada apa-apa, sayang. Doktor buat biar Memen sembuh,” jawab saya tenang, namun hati sangat terluka. Memen mengongoi, meratap apabila terlihat lebih jelas isi kandungan beg tersebut. Bunyi tangisannya amat menyayat hati.



“Sampai bila doktor nak biarkan usus Memen di luar???” Memen menangis teresak-esak, antara sedih dan terperanjat.



“Sebulan saja, sayang. Sebulan saja,” jawab saya hiba. Saya tahan air mata.



“Masukkan balik usus Memen, masukkan balik, ma...” Memen menangis teresak-esak.



“Ini doktor punya cara sayang, kita mesti ikut. Memen nak baik tak??”



Memen mengangguk lemah, tersedu-sedu. Saya kucup dahinya berkali-kali. Saya kucup keningnya berkali-kali. Saya kucup kelopak matanya yang suam dialiri air mata.



Maafkan Mama, Memen. Mama sendiri tak pasti bila usus Memen akan dimasukkan seperti sedia kala.


Al-fatihah #rezaimenkeiflinbinazlinda Mama miss u so much ?..Hanya allah shj yg tau perasan ma skrg ni.. #allahkuatkanAku #MemenAhliSyurga #Allahuakbarrr #5/7/2014?

A photo posted by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on

Sumber: @lindarafar

Alangkah berdosanya saya kerana membohongi Memen. Namun, jika anda berada di tempat saya, beritahulah saya, tidakkah anda juga akan memberikan harapan (palsu) serupa? Apakah lagi jawapan paling baik untuk saya sampaikan ke pendengaran anak yang tidak berdosa ini?

Air mata saya tidak pernah sederas itu. Tetapi tidak di hadapan Memen. Saya ibunya. Kalbunya bersarang berdegup di dalam rahim saya selama sembilan bulan sembilan hari, maka saya sebagai induknya harus kuat. Tidak saya benarkan air mata saya mengalir di hadapan Memen.



Namun di kamar mandi hospital yang sejuk dan diruap sunyi, saya meraung sepenuh hati, mengetap bibir yang terketar-ketar kerana kesedihan yang maha dahsyat. Tangisan saya meluncur dari celahan gigi yang berkeletak. Saya tidak mahu Memen mendengar ibunya meratap seperti hilang harap.

Ya Allah, jika saya sudah tewas di sini hari ini dari mana lagi Memen mampu kutip kekuatan, kecekalan dan keberanian, melintasi terowong takdir yang amat menyakitkan ini?

Ya Rabb, kirimkanlah kami sedikit kekuatan-Mu, meski ia sebesar bintik debu.

Al-fatihah syg mama #memenAhliSyurga #alfatihahformemen #GonnaLoveUNMissUForeverBabyBoyMemen #AllahMahaMengetahui #Allahmahabesar ??

A photo posted by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on

Sumber: @lindarafar

Allah SWT tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.

(Mereka berdoa): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah engkau bebankan kepada kami, bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang yang terdahulu daripada kami.

Wahai Tuhan kami! Janganlah engkau pikulkan kepada kami, apa yang kami tak terdaya memikulnya.


Allahuakbar..MamaRinduSgt2Ni? .yaAllahKuatkanAkuYaAllah.. #alfatihahformemen #memenAhliSyurga ??

A photo posted by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on

Sumber: @lindarafar

Apa terjadi selepas itu, Linda?

Sebagaimana dijanjikan, doktor memanggil kami sekeluarga untuk temu janji lanjut, mengesahkan bahawa Memen memang benar diserang kanser, tahap empat. Ia adalah Burkitt Lymphoma, sejenis kanser yang amat agresif, ia membesar setiap tujuh jam. Dikatakan juga, bilangan sel kanser Burkitt Lymphoma menjadi berganda pada hari 1, 3, 5 dan seterusnya, bayangkanlah! Dan pada tahap empat, kanser Burkitt Lymphoma berkemungkinan akan (atau sudah) merebak ke sum sum tulang atau otak.


Apa lagi yang Linda faham tentang risiko penyakit Memen?

Berdasarkan penerangan doktor dan apa yang Linda baca di internet, Lymphoma merupakan kanser sel darah putih yang disebut sebagai limfosit-B (sel B). Sejenis kanser yang melibatkan kelenjar. Sel ini boleh menggandakan dirinya dengan cepat sekali, sehingga terbentuknya tumor. Jadi apabila sel kelenjar berkembang tanpa kawalan, maka itulah jawapannya, mengapa tumor tumbuh dengan lebih banyak. Dan itulah juga jawapannya, apakah sebenarnya yang sedang berkerajaan, bermaharajalela di dalam perut Memen.



Apa yang terjadi saat itu, Memen sedang mendepani kanser Burkitt Lymphoma tahap empat, dan ia telah pun merebak ke organ lain. Doktor menyarankan agar Memen menjalani kemoterapi. “Kalau puan lambat, anak puan akan pergi.”

Saya seperti orang sasau. Ya Allah, apa harus kami buat? Jalan mana harus kami pilih?

“Jangan buat kemo. Kalau you buat kemo, lagi cepat anak you pergi." Begitu ramai famili dan sahabat-handai menegah. Hati saya sangat berbelah-bahagi.

Jika kemoterapi kami putuskan sebagai pilihan paling baik buat Memen, terdayakah fizikalnya yang kecil itu menanggung sebab dan akibatnya nanti?



Al-fatihah #Throwback MissUSyg ? #MemenAhliSyurga #menungguMuDiPintuSyurga?

A photo posted by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on

Sumber: @lindarafar

Kami berikhtiar sekuat hati. Namakan apa sahaja saluran dan kaedah perubatan — cara tradisional, berjumpa ustaz, perubatan Cina, herba, air rebusan akar kayu, ya segalanya — sehinggalah saya bertemu dengan seorang profesor pakar kanser yang memberikan harapan dengan sejenis pil khas, berharga RM27,000. Kami nekad meleburkan duit yang ada. Alhamdulillah, Memen kembali segar dan ceria! Malah kami sempat membawanya bercuti ke Port Dickson walaupun ususnya tergantung di luar perut. Selama 44 hari Memen ceria, kami menjaganya di rumah dengan hati paling bahagia.

Namun pada hari ke-44 itu, Memen sakit kembali. “Ma, cuba Mama rasa perut Memen, cuba Ma tekan kat sini,” dia meletakkan tapak tangan saya ke perutnya yang sejuk, “Ada ketulan lagilah Ma...”

Allah, Allah, Allah!

By @lindarafar "Arriq Miss Arwah Abg Memen #alfatihahformemen #memenahlisyurga #syedarriq ?????" via @PhotoRepost_app @farhanaattaqwa @bukuonlineattaqwa @percetakanattaqwa @doorgiftattaqwa

A video posted by Buku Online At Taqwa0132795592 (@farhanaattaqwa) on

Sumber: @lindarafar

Tiada kata terlafaz daripada mulut saya, kerana ya, seperti yang saya sebut tadi, saya harus tenang, saya harus kuat dan kental di hadapan Memen.


Ubat habis. Memen jatuh sakit kembali dan saya benar-benar sudah putus ikhtiar, lalu saya membuat rayuan untuk mendapatkan rawatan kemoterapi. Tetapi ternyata ujian Allah SWT itu adalah kerahsiaan-Nya. Selepas kemoterapi pertama, Memen jatuh sakit lebih dahsyat. Kondisi buah pinggangnya bertambah teruk, degupan jantungnya bertambah laju, dan dia terlantar di ICU berhari-hari lamanya.



Dia bertempur dengan maut saban saat, dan kesakitan yang ditanggungnya tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata. Tetapi Memen anak yang sangat kuat. Memen tetap tersenyum. Sesiapa jua melawatinya, tetap dilayan baik penuh hemah, dengan wajah manis dan ya, dia sangat reda. Dan hati saya berkecai-kecai apabila suatu hari, Memen memberitahu, dia mahu membaca Surah Yassin untuk dirinya sendiri.

Maha Suci Allah!


Jz Sharing?...Anak syurga sy sentiasa zikir beribu kali &Baca yassin sebelum hembus nafas terakhir...Bagaimna pengakhiran nyawa kita?? Pernahkan anda semua terpikir?? Ya Allah ampunkan semua followers sy...dan sampaikan salam dan doa rinduku pd anak syurgaku..amiin #rezaimenkeiflinbinazlinda #MemenAhliSyurga ?

A video posted by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on

Sumber: @lindarafar

Kekesalan saya, tidak saya tahu di mana mula, dan di mana hujungnya. Adakah kerana kanser ini tidak dikesan lebih awal? Adakah saya kesal kerana menolak rawatan kemoterapi seperti yang disaran doktor sebelum ini? Apakah juga saya kesal kerana Allah SWT memilih Memen untuk meranjau ujian sebegini luar biasa, kerana hati saya menangis setiap waktu? Memen tidak mampu lagi menanggungnya.



Mengapakah kesakitan dan seksaan ini tidak sahaja dipindahkan kepada saya?

Ya, Allah, jawablah. Jawablah Ya Allah.



“Ma, Memen minta maaf, sebab Memen buat Mama sedih,” Memen berbisik ke telinga saya, suatu hari. Nadanya hampa sekali. Saya tersentak mendengarnya.

“Tak, tak sayang, Memen tak salah,” saya usap kepalanya, lalu kucup dahinya kuat-kuat, dan saya berdoa kepada Allah SWT, pinjamkanlah saya sedikit lagi kekuatan agar air mata ini tidak terburai di hadapannya.



“Memen minta maaf sebab buat Mama menangis…”

Saya kucup mata Memen, berkali-kali, dalam rembas air mata dan dunia yang sudah gelap gelita.


Semuga rohnya tenang disana bertemu Ya Allah. Salam takziah buat @lindarafar & keluarga. Allah lebih menyayangi nya.... #lindarafar #memein #Allahmahabesar #ramadhan

A photo posted by BEAUTY FROM HEAD TO TOE (@linaakhsani) on

Sumber: @lindarafar

Memen akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada Ramadan ketujuh, tanggal 15 Julai 2014, selepas Asar. Memen sempat meminta air dua kali untuk merawat dahaga, “Ma, Memen nak air. Memen haus sangat...”

Saya bantu Memen meneguk air dua kali, dan di hadapan mata saya, degupan jantungnya bertukar kencang, dan beberapa saat selepas itu, degupan jantungnya terhenti. Dadanya datar, tidak lagi bergelombang.

MEMEEENNNN!!!!!


Alhamdulilah , syukur padamu Ya Allah adik memen @rezaimen_keiflin telah selamat disemadikan di tanah perkuburan seksyen 21 Shah Alam pada pagi tadi...terima kasih semua yang mendoakan serta kiriman takziah buat keluarga @syedaiman75 @lindarafar Syurga tempatmu Adik Memen. #prayformemen ALFATIHAH

A photo posted by M.A.S.C Official (@masc2012) on

Sumber: @lindarafar

“How’s my son, doctor?”

Saya terdengar suara bekas suami ceria menyapa doktor dan jururawat di luar pintu, tidak lama selepas Memen menghembuskan nafasnya yang terakhir. Nada suara Keifli girang sekali. Tak sabar mahu mengambil giliran menjaga Memen (saya menjaga dari pagi hingga tujuh malam, dan bekas suami menjaga dari tujuh malam hingga keesokan pagi). Bekas suami bergegas ke pintu masuk ICU, “Memeeeen!” panggilnya seperti selalu. Dan kelazimannya, Memen pasti menyahut, “Ya, Daddyyyy!”

Tidak dia ketahui bahawa yang menunggunya pada tujuh Ramadan itu, di perbaringan, adalah sekujur tubuh kecil yang telah kaku, dilangsiri selimut putih.

Keifli jatuh lembik di muka pintu ICU. Saya tidak pernah menyaksikan Keifli kalah sebegitu dahsyat dengan perasaannya. Dia jatuh terjelepuk, meraung di situ. “Memen...” Dia mengongoi, “Kenapa Memen tinggalkan Daddy?? Please Memen, bangunlah,” katanya sambil menggoncang-goncangkan tubuh Memen yang sudah kaku, “Please Memen, Daddy nak dengar Memen kata Memen sayang kat Daddy, please Memen, tolonglah bangun Memen...”

Tangisan Keifli tidak pernah sepilu itu.



Saya putus harap. Dunia seperti sudah kiamat. Saya sedih. Mengapakah Allah SWT tidak mencabut nyawa saya sekali?



Semenjak pemergian Memen pada hari ketujuh Ramadan itu, saya menguncikan diri di rumah. Saya enggan berjumpa manusia lain. Terasa seluruh kehidupan ini seperti telah hilang erti dan tujuan.


By @officialhlive "Takziah untuk Linda rafar @lindarafar di atas pemergian permata hatinya, Reizman Keiflin, 12 yang meninggal dunia petang semalam akibat ketumbuhan kronik dalam perut." via @PhotoRepost_app Takziah @lindarafar , Keifli @syedaiman75 @nellyishak & family

A video posted by Event 4U Malaysia (@event4u) on

Sumber: @lindarafar

Apa hajat terakhir Memen?

Ya, rupa-rupanya tak sempat saya sampaikan hajat Memen yang ingin menyambut raya di rumah ibu saudaranya (kakak saya), di sebuah banglo lot tepi tiga tingkat. “Rumah mak cik best, ada kolam renang, raya nanti Memen nak main buga api kat sana, ya Ma?”

Memen pernah menyuarakan hasratnya semasa dia sakit dulu. Alangkah pedih hati saya.

Takdir Allah SWT, jenazah Memen telah ditunggu lautan manusia di rumah kakak saya. Hampir tiga ribu orang menanti kepulangannya. Dato’ Aznil, Dato’ AC Mizal, Nora Danish, Fasha Sandha, Norman Hakim, Neelofa, Abby, Azza, Lan Pet Pet, ya Allah, ramai sekali, maaf jika saya tak dapat sebut satu persatu nama sahabat-sahabat artis di sini. Manusia bertali-temali, tak putus-putus, berganti-ganti membaca Surah Yassin buat jenazah. Kemudian berganti pula dengan ayat-ayat suci Al-Quran alunan kumpulan anak-anak tahfiz sampai ke pagi.

Aduhai, begitu indah rezeki Memen.

Sewaktu jenazah Memen diturunkan ke liang lahad, seorang ustaz memanggil, “Linda, mai sini, tengok sini.” Antara yang turut mengiringi sampai ke tanah perkuburan adalah Mazlan Pet Pet. Dia yang kuat berseloroh menegur saya, “Ehh, relakslah Linda, apa hang nak nangis-nangis? Kau tengok kubur anak kau ni. Kuasa Allah! Kuburnya luas dan besar... Sepuluh orang kat dalam ni, Linda!” Lan Pet Pet melaung dari dalam liang lahad.

Ya Rahim, Ya Muhyi, Ya Mumit!

Ya Allah ya Tuhan Kami, Yang Maha Pengasih, Maha Menghidupkan, Maha Mematikan...

Ternyata benar sekali, kuburnya terlihat sungguh luas dan besar dan lapang sekali!

Hati saya reda akhirnya.