Bagaimana Kinah mendisiplinkan diri dalam menjalani gaya hidup sihat daripada segi bersenam, pemakanan dan rutin harian?

Saya utamakan habit. Mulakan daripada habit yang konsisten. Daripada situ, disiplin akan datang secara natural dan menjadi sebati dalam diri. Sentiasa amalkan habit makan secara sederhana dan bersenam secara tetap.


Definisi gaya hidup sihat bagi Kinah?

Bagi saya, definisi hidup sihat adalah mengutamakan kesihatan dalaman dulu. Ia paling penting! Pastikan tubuh badan sentiasa fit. Jangan abaikan juga kesihatan mental dan emosi. Apabila kita menjaga kedua-duanya dan ia dalam keadaan baik, automatik luaran akan jadi cantik dan keyakinan muncul. Elakkan juga bahan toksik dan terlarang walaupun mencuba amalan ‘shortcut’.



Kredit Foto: IG Sharifah Sakinah




Kalau boleh Kinah kongsikan sikit rutin penjagaan kesihatan dan kecantikan Kinah?

Rutin saya seadanya sahaja, yang paling penting banyak minum air kosong untuk flush out apa yang patut disingkirkan. Bersenam secara tetap untuk seimbangkan kesihatan mental dan badan. Untuk kecantikan pula saya tambahkan dengan rutin penjagaan muka secara organik menerusi produk Melvita.



Adakah Kinah setuju jika saya katakan pemakanan dan bersenam juga mempengaruhi kulit yang cantik?

Yes, of course! Pemakanan dan senaman amat mempengaruhi kulit kita. Selain daripada rutin itu, kulit saya juga dibantu dengan produk penjagaan kulit luaran seperti rangkaian Melvita. My first favorite product until today ialah Rose Extraordinary Water. Saya menggunakannya setiap hari sejak tiga tahun lalu untuk memastikan tahap hidrasi kulit saya terpelihara. Oh, lagi satu saya menggunakan Argan Concentration Pur Youthful Oil Serum, also my must-have. Serum adalah produk penjagaan kulit penting untuk kesihatan dan kecantikan kulit saya.











Kenapa Kinah memilih produk/sumber organik? Apakah kebaikannya?

Saya percaya pada sesuatu yang natural dan alami. Bagi Kinah, apa sahaja yang asli adalah terbaik untuk diri kita. Natural beauty, natural ingredient. Sebab saya nak elakkan ‘shortcut’ supaya kesihatan diri didahulukan. Saya tak nafikan yang saya kerap terdedah dengan toxic product disebabkan tuntutan kerja seperti selalu mengenakan mekap sehingga berjam-jam. Jadi, sangat penting untuk saya seimbangkan rutin kerja saya itu dengan bahan natural.



Bagaimana untuk mengenal pasti sesuatu produk itu organik?

Itulah, ada banyak produk di luar sana yang claim produk mereka organik. Cara saya, saya akan cuba kekalkan kesetiaan saya pada jenama yang dipercayai, yang sudah terbukti hasilnyaa. Tak perlu nak cuba semuanya. Jika sudah dapat satu yang sesuai, teruskan saja.



Kinah rasa lebih cantik dan sihat bila…..

Bila rasa positif masa bangun pagi. Being productive, setelkan semua checklist. Apabila kita rasa happy dan produktif , kita akan mengeluarkan hormon dopamine yang akan buat saya rasa cantik, sihat dan powerful. I feel like I can handle anything yang mendatang.