Kredit foto: BONIA

KALI pertama terpandangkan jam tangan BONIA BNB10493, anda dapat melihat bahagian tengah muka jam yang berkabut dan jarum jam yang menonjol.

Penggunaan bahan logam dalam penghasilan jam tangan ini menyerlahkan bahawa ia direka sebagai jam tangan sukan tetapi dengan pengecualian beberapa elemen reka bentuk yang unik dan menarik.

Ya, dengan diameter badan jam berukuran 32 milimeter, jam tangan ini kalis air sedalam 50 meter. Menarik bukan?

Ditambah dengan pergerakan Japanese quartz yang tepat dan boleh dipercayai lantas ia menyediakan ketepatan pada pergerakan jarum jam, minit dan saat jam tangan ini.

Justeru, anda tidak akan terlewat walau sesaat pun apabila memakai jam tangan BONIA BNB10493. Manakala tarikh pula tertera di atas penanda jam enam untuk fungsi tambahan.

Kredit foto: BONIA

BONIA turut memastikan muka jam tangan hasilannya dilindungi dengan kristal nilam antireflektif serba mewah dan praktikal yang memberikan kejelasan terbaik.

Jam tangan sporty ini menawarkan empat kombinasi warna iaitu rose gold/perak dengan dial perak, rose gold/perak dengan dial coklat, rose gold/perak dengan dial rose gold dan rose gold dengan dial perak.

Walau apa pun warna, muka jam dihiasi dengan penanda jam yang diperbuat daripada kristal Swarovski untuk sentuhan mewah dan feminin.

Jam tangan ini turut dilengkapi dengan gelang keluli yang dibuat sepadan dengan nada warna untuk badan jam dan muka jam.

Kredit foto: BONIA

BONIA mencipta jam tangan BONIA BNB10493 supaya anda dapat menggayakan aksesori yang elegan untuk dipadu padan dengan pakaian harian sama ada ke pejabat atau kala berpergian.

Jam tangan ini dijual pada harga RM568 hingga RM638 setiap dan boleh didapati di semua butik Solar Time di seluruh negara.

Ayuh InTrenders, kita kunjungi butik Solar Time hari ini dan dapatkan jam tangan BONIA BNB10493 untuk gaya harian yang elegan dan mewah namun pada harga mampu milik!

Layari www.adtime.com.my untuk maklumat lanjut.

@adtimemy

#myadtime #solartimemy #boniawatch

Kredit foto: BONIA