Setiap teguran dan komen juri terbukti berbekas di minda barisan peserta Suara Viral minggu ini. Istimewa dalam konsert suku akhir minggu ini, peserta bakal berentap bersama pasangan duet masing-masing. Minggu duet yang bertemakan black and white (sempena tajaan Nivea) ini menampilkan Boy berduet dengan Fieya Julia menerusi lagu Keliru. Manakala Ameem dan Aina Abdul pula bakal memberi saingan menerusi lagu Kisah Yang Ku Inginkan nyanyian asal Hafiz Suip dan juri tetap Misha Omar.


Kredit Foto: Astro Prima


Turut memberi tamparan hebat adalah persembahan daripada Farah dan Naqiu yang mendendangkan Tangisan Marhaenis nyanyian asal Dato Hattan dan Dia Fadila. Menurut Akim yang menyifatkan persembahan mereka cukup ‘power’ dan boleh bergelar juara andai ia adalah pentas akhir Suara Viral. Fuh, pastinya memukau persembahan mereka. Sementara itu Farah yang sememangnya meminati Naqiu terharu apabila diberi peluang bergandingan dengan penyanyi kegemarannya itu.


Kredit Foto: Astro Prima


Lagu Cinta Lagu Jiwa nyanyian asal Dato M Nasir dan Mawie pula bakal dipersembahkan dengan cara tersendiri oleh Jerry dan Khai Bahar. Bella dan Wany Hasrita pula akan menghiburkan penonton dengan nyanyian lagu Dondang Dendang. Soffwany pula bakal bergandingan dengan Haqiem Rusli menerusi lagu Terimaku Seadanya.


Kredit Foto: Astro Prima


Minggu ini juga bakal jadi penentu bagi lapan peserta Suara Viral untuk merebut tempat pada konsert minggu hadapan. Pastinya saingan semakin sengit dan tekanan kian terasa sementelahan berbaki hanya beberapa minggu sahaja lagi menjelang konsert akhir Suara Viral. Adakah komen pedas lagi berbisa daripada barisan juri atau juri jemputan Erra Fazira malam ini? Jangan ketinggalan menonton Suara Viral setiap Rabu, 9 malam di Astro Prima (CH105) dan Prima HD (CH125) atau strim di Astro GO!


Kredit Foto: Astro Prima