gaya hidup

“Walaupun Bukan Ibu Kandung, Umi Dah Beri Khidmat Kepada Amir, Insya Allah Jumpa di Akhirat Nanti” – UEL

gempak
Afiza Kamarulzaman
15/02/2021
15:47 MYT
Sponsor Banner
“Walaupun Bukan Ibu Kandung, Umi Dah Beri Khidmat Kepada Amir, Insya Allah Jumpa di Akhirat Nanti” – UEL
Kes kematian tragis Allahyarham adik Amir masih terngiang-ngiang di kepala kebanyakan kita. Kalau kita, orang pun tidak mampu melupakannya, apatah lagi keluarga angkat arwah yang membesarkan arwah dari sejak bayi sehingga di kehampiran hayat arwah; tiga bulan sebelum diserahkan kepada ibu kandungnya semula. Pasti lebih perit menanggung rindu.
Dan, pastinya kisah ini menarik perhatian dan simpati Ustaz Ebit Lew (UEL) yang membawa team Jejak Ebit Lew (JEL) ke rumah keluarga angkat arwah di Rawang, Selangor. Selain menyampaikan sagu hati, UEL sempat beramah mesra bertanya khabar kepada seisi keluarga itu.
“Saya disambut mesra oleh Abah (Md Tarmidi Yaacob) dan Umi (Norlida Abu Hassan) yang berkali-kali menyatakan rasa terharu atas kehadiran saya ke situ,”Ujar UEL memulakan bicara.
Seisi keluarga termasuk kakak dan abang angkat sempat berkongsi kehidupan mereka bersama adik Amir dengan menunjukkan tempat arwah selalu belajar, bantal busuknya, dan foto konvo arwah yang tidak sempat ditunjukkan kepadanya.
Seperti diduga, kesedihan tidak mungkin berakhir dalam lubuk hati mereka terutamanya Umi. Luah Umi kepada UEL, “Saya hanya ibu angkat Amir, bukan darah dagingnya, tiada setitis pun darah saya pada Amir. Bagaimana untuk saya menemuinya di akhirat nanti kerana kata orang, di sana nanti, anak-anak kecil yang meninggal dulu akan mencari ibu bapanya, tapi saya bukan ibu kandungnya.”
UEL cuba menenagkan hati Umi dengan menjelaskan, “Insya Allah Umi, Umi sudah berbakti kepada Amir seperti ibu kandung sendiri, Umi jaga dia dengan penuh kasih-sayang, didik dia dengan sebaik-baik didikan, dan dengan segala bakti itu nanti Insya Allah, akan menemukan Umi dengan arwah di sana nanti.”
Kredit Foto: Astro Prima
Misi Bantuan Pindah Rumah Asnaf
Pada episod yang sama, JEL semalam, turut memaparkan misi bantuan pindah rumah asanaf yang dikendalikan UEL dan team di Ayer Tawar, Perak. Terdapat sebuah keluarga di sebuah kampung yang tinggal di rumah yang rupanya tidak seperti rumah pun.
Rumah daif ini dihuni oleh lelaki, Ramli Yusuf bersama dua adik-beradik OKU yang diambil sebagai anak angkat. Di situlah mereka meneruskan kehidupan dengan serba kekurangan. Ada bantuan diterima daripada jiran dan penduduk kampung berupa makanan dan sumber air kerana rumah mereka tiada kemudahan elektrik dan air bersih.
“Kehidupan dua beradik ni jadi lebih teruk selepas ibu kandung mereka meninggal. Di rumah sayalah ibunya menghembus nafas terakhir. Apa yang boleh saya bantu saya bantu seperti makan minum. Memang kesian dengan nasib mereka,” Ujar jiran sebelah rumah yang mengambil berat perihal mereka.
Pada hari yang sama, team UEL terus mendapatkan rumah sewa baru untuk mereka sekeluarga dengan kelengkapan asas rumah turut disediakan untuk kemudahan tiga beranak ini.
Kredit Foto: Astro Prima
500 Tab Kepada Anak-Anak Kurang Kemampuan
Hasil sumbangan Tengku Mahkota Johor yang disalurkan kepada UEL, telah digunakan untuk membeli 500 buah tab bagi kegunaan pembelajaran anak-anak di rumah. Team JEL ke rumah pangsa Sri Rampai, Kuala Lumpur untuk memberikan tab-tab ini kepada keluarga yang memerlukan terutamanya mereka yang mempunyai anak-anak OKU.
Rata-rata melahirkan rasa syukur dengan pemberian itu kerana pada kala pandemik ini, gajet ini sangat diperlukan anak-anak meneruskan pengajian secara dalam talian. “Pastinya gajet yang berharga sekitar RM700 ke RM800 ini tidak mampu untuk diadakan oleh ibu bapa kepada anak-anak dalam keadaan mereka yang kesempitan sekarang ini,” Jelas UEL.
Kredit Foto: Astro Prima
Sambutan Tahun baru Cina Dengan Basikal Baru!
“Saya sudah lama teringin untuk menghadiahkan basikal kepada orang-orang tua di perkampungan Cina ini kerana saya sedar dalam usia sekarang mereka tidak lagi mampu untuk mengambil lesen motor atau kereta tapi merekan memerlukan basika untuk ke tempat-tempat berdekatan seperti kedai kopi atau pasar,” Ujar UEL ketika turun meraikan sambutan Tahun Baru Cina di perkampungan kecil di sekitar Kuala Lumpur.
Terdapat sebuah keluarga yang memiliki dua orang anak OKU turut berasa amat gembira dengan bantuan yang diberikan berupa wang tunai, tab dan makanan. Sepanjang ziarah UEL itu, senyuman tak lekang di wajah mereka. Terlihat riak yang sangat teruja dan gembira dengan kebaikan yang dibawa UEL.
Kredit Foto: Astro Prima
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live