Sejak pandemik Covid-19 melanda dunia, ramai yang cukup terkesan. Ada yang kehilangan pekerjaan bahkan ada juga yang terpaksa berdepan dengan menghentikan perniagaan.

Situasi itu turut dirasai pengasas syarikat penerbangan tambang rendah, Tan Sri Tony Fernandes yang berdepan masalah sama apabila industri penerbangan antara yang terkesan teruk.

Bahkan, menurut laporan The Sun, orang kuat Air Asia itu kini menjual rumah agam miliknya bernilai 2.5 juta pound sterling (RM13.6 juta) yang terletak di Ayrshire, Scotland.



Rumah agam yang memiliki lima buah bilik tidur dan empat bilik air itu dibangunkan di atas tanah berkelusan 125 ekar.

Kediaman bekas pengerusi pasukan bola sepak, Queens Park Rangers itu juga dilengkapi dengan gelanggang tenis, gimnasium serta sauna.






Bahkan , terdapat ruang khas untuk simpanan wain dan bilik untuk bermain game.












Rumah agam tersebut juga menjanjikan kehidupan privasi apabila dikelilingi hutan.






Sebelum ini, Tony pernah tinggal di Ayrshire selama tujuh tahun.

Baru-baru ini, ahli perniagaan berusia 56 tahun itu juga dilaporkan menjadi rider penghantar makanan sebagai salah satu alternatif bisnes yang diusahakan AirAsia.

BACA: Industri Penerbangan Tenat, Tony Fernandes Jadi Rider Hantar Makanan

Sebelum ini, beberapa syarikat penerbangan tempatan terpaksa mengecilkan operasi berikutan terkesan dengan pandemik.

Ekoran situasi tersebut ribuan pekerja hilang pekerjaan.



Sumber: The Sun