"Semua ini salah aku..."

Demikian respons bapa kepada penyanyi Sissy Imann iaitu Mohammad Kamil selepas berdepan detik cemas melihat sendiri anak perempuannya terjatuh dari kuda ditunggangnya ketika menjalani penggambaran untuk satu program TV.

Menurut Mohammad Kamil atau lebih mesra disapa dengan ayahanda akui terkejut dan sedih saat mendengar Sissy mengerang kesakitan.

"Berderau darah aku dibuatnya. Malang tak berbau. Puteri saya jatuh dari kuda ditunggangnya sewaktu penggambaran, betul-betul di depan mata saya.

"Mulut ini tak putus-putus berdoa agar dia tak apa-apa. Luluh hati ini bila airmata dia berjujuran, mengerang kesakitan," tulisnya di Instagram (IG).

Tambah ayahanda, pelantun lagu Sudahlah (Meow) itu sudah mengharungi pelbagai cabaran sepanjang bergelar anak seni.

"Banyak cabaran dialaminya sepanjang perjalanan seninya. Jatuh pentas, kejutan elekrik, dan ini jatuh kuda pulak.

"Terus kuat, kakak.. Saya tahu awak kuat," tulisnya lagi.

A post shared by Aliff Kamil (@alifflayla)


Sebelum ini, Sissy menerusi IGnya bersyukur kerana dia tidak mengalami kecederaan serius seperti patah atau retak tulang dan hanya mengalami lebam dan luka-luka.

Malah, penyanyi berumur 26 tahun itu berharap agar ibu bapanya berhenti menyalahkan diri mereka disebabkan insiden yang berlaku.

BACA: “Berkali-Kali Ucap Syahadah, Menjerit, Terlambung…” - Sissy Iman Trauma, Cedera Jatuh Kuda