Konsert suku akhir Gegar Vaganza (GV7) menyaksikan Yantzen diumumkan sebagai bintang yang tersingkir.

Yantzen yang berada pada kedudukan terakhir menerima jumlah markah sebanyak 44.50%.

BACA: Kecundang Di Pentas Suku Akhir, Yantzen 'Cool, #Staycute

Selain kehebatan konsert, minggu ini terdapat pelbagai perkara berlaku sepanjang GV7 berlangsung pada Ahad.

Di sini Gempak kongsikan corat-coret suku akhir GV7 antaranya:

1. Sebaik tirai GV7 dibuka, nyanyian Nabil dan Jihan dah buat penonton ketawa. Kali ini suara Nabil dahsyat teruk hahaha.

2. Juri jemputan konsert suku akhir kali ini GV7 menampilkan kembali Datuk Syafinaz. Wow ramai betul ya yang suka Tok Finaz jadi juri.

3. Wohoo! Kak Ani berjaya rap! Nama lagi queen kan maka Kak Ani tetap bawa sekampung atas stage, tak meriah pentas tu bukan Kak Ani lah namanya betul tak? Love!

4. Yantzen siapkan‘trofi’ GV7 khas buat team-team GV. Paling penting Yantzen buat sendiri tau!

5. Kali ini suami pelakon Izreen Azminda yang juga merupakan pemuzik, Ude Wahid pula jadi mangsa Nabil. Amboi bukan main kuat ya Nabil mengusik Ude.

6. Oh! Rupanya Cliff Umar pernah kena tampar dengan ibu sebab ketawa mendatar. Okay part ni ramai yang rasa kelakar. Dah lama perasan cara ketawa Cliff tu sebenarnya agak unik.

7. Comel bila Linda Nanuwil malu-malu kena usik dengan Fikry Ibrahim dan Kamal Adli.

8. Muss akhirnya dapat lepas rindu dekat genre rock, lama dah tunggu dan minggu ketujuh baru dapat. Apalagi memang naik syeikh terus! Rasa macam tengok konsert pulak, syiok ooooo!

Dikendalikan oleh dua hos versatil Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.

Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.