Membesar sebagai jiran dan menjadi sahabat baik pada tahun 1960-an, siapa sangka Fatimah Mohidin dan Thangah Koh sebenarnya merupakan adik-beradik kandung.

Memetik laporan The Straits Times, Fatimah, 70 dan Thangah, 71 berasal daripada keluarga Cina dan secara berasingan telah diberikan kepada keluarga angkat Melayu/Islam dan India/Hindu.

“Ramai orang ramai cakap kami kelihatan serupa dan tanya sama ada kami adik-beradik. Saya kata saya Melayu, manakala Thangah adalah India. Macam mana kita boleh jadi adik-beradik?,” ujar Fatimah.

Berita Trending: Gadis Tular Direject Bakal Mentua Didakwa Ada Agenda Tersembunyi? “Sepatutnya Dekat Situ…

Namun, perkhabaran mereka sebenarnya adik beradik kandung itu diketahui ketika mereka berusia remaja.

Sebelum itu, keluarga angkat mereka telah merahsiakan perkara itu daripada mereka.

“Ibu (angkat) kami selalu menyuruh kami bermain bersama, tetapi mereka tidak pernah beritahu kenapa. Kami juga tidak bertanya kenapa,” kata Thangah kepada The Straits Times.

Kini, Fatimah dan Thangah masih akrab dan meraikan pelbagai perayaan bersama termasuk Hari Raya, Deepavali dan juga perayaan Tahun Baru Cina.

Sumber: The Straits Times