Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan isterinya Melania Trump telah disahkan positif COVID-19.

Memetik laporan Sky News pada 2 Oktober 2020, Trump dan isteri beliau kini sedang menjalani kuarantin selepas disahkan dijangkiti wabak berkenaan.

Trump juga telah berkongsi mengenai perkara itu menerusi akaun Twitter rasmi miliknya.

"Malam ini, saya dan isteri telah disahkan positif COVID-19, kami akan mulakan kuarantin dan proses untuk kesembuhan dengan segera, kami akan laluinya bersama-sama!" tulis beliau.

Sementara itu, Melania turut berkongsi perkembangan terkini mengenai dirinya di laman sosial terbabit.

"Seperti ramai rakyat Amerika yang lain, saya dan suami menjalani kuarantin di rumah selepas disahkan positif COVID-19, keadaan kami baik-baik sahaja.

"Saya juga telah menunda pelbagai acara yang melibatkan saya, kekal selamat, kita harungi perkara ini bersama," tulisnya.
Terdahulu, menerusi laporan Gempak pada 18 Jun 2020, Trump pernah mencadangkan untuk hentikan ujian saringan COVID-19 di Amerika Syarikat kerana mendakwa cara itu mampu menurunkan bilangan kes.

Kenyataan itu telah mengundang rasa tidak puas hati dari ramai pihak.

BACA : Donald Trump Cadang Hentikan Ujian Saringan COVID-19, Anggap Mampu Turunkan Bilangan Kes

Kredit Foto : The Indian Express