Lembaga Penapisan Filem (LPF) mengklasifikasikan filem Pulau sebagai naskhah seram dan bukannya pornografi seperti yang diperkatakan di media sosial.

Bagaimanapun dalam satu kenyataan kepada media, LPT mendapati ada perbezaan antara kandungan trailer Pulau yang dikongsikan di platform media sosial dengan kandungan yang dikemukakan untuk penapisan.

“Filem Pulau adalah merupakan sebuah filem seram dan bukan filem porno seperti yang digembar-gemburkan.

“LPF mendapati bahawa terdapat perbezaan antara kandungan treler yang dikongsikan di dalam media sosial dengan kandungan yang dikemukakan untuk penapisan.

“LPF mengambil maklum akan isu yang berbangkit bagi filem bertajuk Pulau yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat umum di Malaysia setelah promosi filem ini dimulakan melalui perkongsian poster dan sedutan trailer filem menerusi media sosial.

"Trailer filem Pulau telah ditayangkan secara dalam talian, maka didapati bahawa kandungan yang ditayang tersebut adalah di luar bidang kuasa LPF,” menurut kenyataan tersebut.

Jelas kenyataan itu lagi, LPF sentiasa peka dengan tatasusila serta sosiobudaya masyarakat Malaysia dan melaksanakan penapisan filem sebagaimana yang ditetapkan dalam garis panduan.

“LPF sentiasa peka dengan tatasusila serta sosiobudaya masyarakat Malaysia dan melaksanakan penapisan filem sebagaimana yang ditetapkan dalam garis panduan.

“LPF menghargai pandangan dan maklum balas berkenaan dengan penapisan filem di negara ini.

“LPF juga sentiasa mengalu-alukan pandangan daripada sema pihak terutamanya pandangan yang bersifat konstruktif berdasarkan kepada keseluruhan kandungan sesuatu filem,” jelasnya.

Berikut merupakan kenyataan penuh LPF:

Terdahulu, Pulau mendapat perhatian netizen selepas trailer filem itu ditayangkan baru-baru ini kerana mengandungi beberapa aksi panas.

Malah filem itu juga turut dikecam dan netizen berpendapat filem seperti itu tidak sepatutnya ditayangkan kerana ia mengundang rasa kurang senang masyarakat.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil juga berpandangan treler filem itu tidak sesuai ditayangkan kerana dipercayai melibatkan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

BACA: “Genre Seram Tetapi Mempromosikan Babak Panas Yang Memualkan” - Ustazah Asma’ Harun Tegur Filem Pulau

BACA: [VIDEO] PU Syed Gesa Pihak Berwajib Sekat Tayangan Filem Pulau; “Ada Adegan Yang Tidak Elok…”

Malah pendakwah bebas, PU Syed dan Ustazah Asma’ juga telah menegur filem tersebut.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.