,
Laman Utama

#GempakWrapped2023: Remy Ishak, Yonnyboii Sambut Cahaya Mata Pertama, Mawar Rashid Tukar Nama Anak

Firdaus
24/12/2023
09:55 MYT
Tahun 2023 sememangnya tahun yang indah buat kita semua, tidak terkecuali selebriti tempatan yang menerima kedatangan ahli baharu dalam keluarga mereka.
Berikut merupakan selebriti-selebriti yang menyambut kedatangan cahaya mata yang kini menjadi penyeri kehidupan mereka suami isteri:
Remy Ishak - Tuah Alam
Pelakon Remy Ishak dan isterinya, Ezza Yusof menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka pada 27 Julai lalu.
Putera sulung Remy itu dinamakan dengan nama yang mempunyai elemen klasik iaitu, Tuah Alam. Hal ini kerana, Remy selalu mengimpikan nama penuh kemelayuan jika dikurniakan anak lelaki.

BERITA TRENDING: “Saya Mahu Ada Unsur Melayu” - Remy Ishak Pilih Nama Klasik Untuk Anak

Neelofa - Abdullah Abbas
Usahawan dan pengacara, Neelofa serta suaminya, pendakwah bebas Haris Ismail atau PU Riz menimang cahaya mata kedua mereka, Abdullah Abbas pada 11 Julai lalu.

BERITA TRENDING: Bilal Dah Dapat Adik! Neelofa Selamat Bersalin ‘Baby Boy’ - “Semoga Kami Mampu Menjadi Ibu Bapa Yang Baik”

Neelofa dan suami memilih nama tersebut kerana ‘Abdullah’ merujuk kepada nama yang paling disukai Allah, manakala ‘Abbas’ pula berkait dengan tokoh bernama Ibnu Abbas yang pernah dipuji kebijaksanaannya oleh Rasulullah SAW.

​PILIHAN PEMBACA: “Perasaan Hiba Dan Sayang Buat Abdullah Abbas…” - Neelofa Umum Nama Anak Kedua

Emma Maembong - Shakil Aryan Shah
Pelakon Emma Maembong melahirkan putera keduanya pada 10 Mei lalu. Permata hati Emma itu diberi nama Shakil Aryan Shah.
Shakil dilahirkan secara normal dengan berat 3.4 kilogram di sebuah pusat perubatan.

PILIHAN PEMBACA: [VIDEO] Shakil Aryan Shah Nama Anak Kedua Emma Maembong - “Masa Adik Sampai, Mama…

Izara Aishah
Pelakon cantik Izara Aishah dan suami Adib Khalid menyambut kelahiran cahaya mata kedua mereka pada Oktober lalu.
Bagaimanapun, sehingga kini, pasangan itu tidak berkongsi sebarang butiran kelahiran puteri kedua mereka termasuk tarikh bersalin.

PILIHAN PEMBACA: Izara Aishah, Adib Khalid Timang Cahaya Mata Kedua

Farali Khan - Zaynab Ashura Khan
Pelakon yang dikenali menerusi filem Polis Evo 3, Farali Khan melahirkan seorang bayi perempuan secara normal pada 29 Julai lalu.
Farali memilih nama Zaynab Ashura Khan untuk puterinya sempena hari kelahiran anak perempuannya itu pada hari Ashura iaitu 10 Muharram dalam bulan Islam.

PILIHAN PEMBACA: Inspektor Julie PE3 Dah Bersalin, Farali Khan Pilih Nama Anak, Zaynab Ashura Khan

Farah Nabilah - Yusuf Gibran
Rumah tangga pelakon Farah Nabilah dan suami Mohammed Amirul Yunus diserikan lagi dengan kehadiran anak kedua, Yusuf Gibran pada Julai lalu.
Pasangan itu dikurniakan dua orang anak lelaki sepanjang empat tahun mendirikan rumah tangga.

PILIHAN PEMBACA: Farah Nabilah Perkenal Putera Kedua, Mahu Anak Beradab & Berakhlak Seperti Rasulullah

Yonnyboii - Kairo
Penyanyi rap Yonnyboii mendedahkan isterinya, Nik Nazira Narriman selamat melahirkan cahaya mata lelaki pertama dengan gelaran Kairo pada Rabu, 19 Julai.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Yonnyboii atau nama sebenarnya, Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 25, menerusi akaun Instagram miliknya.

BERITA TRENDING: “Baby Kai Telah Pun Selamat Dilahirkan” - Yonnyboii & Isteri Timang Cahaya Mata Lelaki Sulung

Kaka Azraff - Atta Adam
Penyanyi Kaka Azraff selamat menyambut kelahiran anak ketiganya pada Isnin 19 Jun di sebuah pusat perubatan di Damansara, Selangor.
Putera yang diberi nama Atta itu lahir dengan berat 2.75 kilogram dan menurut Kaka proses kelahiran anak ketiganya itu lebih mudah berbanding sebelum ini.
Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 34, dan suami Adam Adzriff dikurniakan tiga anak lelaki selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.

BERITA TRENDING: Kaka Azraff Dapat Baby Boy Lagi! Kongsi Pengalaman Bersalin Anak Ke-3 Lebih Mudah - "Kali…

Juliana Evans - Saidatul'Ihsan Puteri
Pelakon berdarah kacukan, Che Puan Juliana Evans melahirkan anak keduanya Saidatul'Ihsan Puteri pada tanggal 17 Jun pukul 8.26 pagi.
Hasil perkahwinan aktres itu dengan suami Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah selama enam tahun telah dikurniakan dengan kehadiran dua orang puteri.

PILIHAN PEMBACA: Juliana Evans Bersalin Anak Kedua, Peminat Puji Tak Perlu Eksklusiviti - "Can Feel Your Humbleness"

Datuk Seri Aliff Syukri - Luqman Al-Hakim
Usahawan kosmetik sensasi Datuk Seri Aliff Syukri menyambut kedatangan anak keenam bersama isteri Datin Seri Nur Shahida pada awal bulan April lalu.
Kehadiran anak keenam pasangan itu mengambil masa 15 jam apabila berlaku komplikasi di mana cahaya mata usahawan tersebut lahir dengan mengeluarkan tangan terlebih dahulu.
Bagaimanapun, segalanya berjalan dengan lancar dan Shahida memilih gerangan Luqman Al-Hakim sebagai nama anak keenam mereka.

PILIHAN PEMBACA: “Budak Kecil Ni Bawa Rezeki Sungguh” - Shahida & Aliff Syukri Pilih Nama Luqman Al-Hakim Untuk Anak Keenam

Mawar Rashid - Raden Seri Roseanna Camilya
Pelakon Mawar Rashid menimang cahaya mata ketiga pada awal tahun yang didedahkan menerusi hantaran di Instagram.

PILIHAN PEMBACA: “Raden Seri Riyanna Sayang, Cantik Dan Unik”- Ramai Puji Nama Anak Ketiga Mawar Rashid

Memilih nama Raden Seri Riyanna Sayang, Mawar bagaimanapun mengambil keputusan menukar gelaran anak ketiganya dengan panggilan Raden Seri Roseanna Camilya kerana menginginkan semua anak perempuannya mempunyai nama Rose.

BERITA TRENDING: [VIDEO] “Nak Anak-Anak Perempuan Ada…” - Mawar Rashid Dedah Sebab Tukar Nama Anak Ketiga

Ayda Jebat - Aali Mateen
Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat berkongsi berita gembira apabila anak keduanya yang diberi nama Aali Mateen selamat dilahirkan 12 Disember lalu.
Perkhabaran itu dikongsi oleh Ayda menerusi entri yang dibuat di akaun Instagram miliknya.
Terdahulu, Ayda mendirikan rumah tangga bersama Nabil Mahir pada 1 Januari 2021 dan menerima kelahiran anak pertama, Ana Nayla pada 21 September 2021.

BERITA TRENDING: Ayda Jebat Syukur, Selamat Bersalin Anak Kedua - “Sekarang Mommy And Dadaa Back To Zombi World

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nora Danish Terpesona Dengan Kecantikan Siti Nurhaliza - “Tak Mekap Pun Dah Cantik…”

gempak
19/10/2024
16:00 MYT
Pelakon Nora Danish mengakui terpegun dengan kecantikan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Viral

“Nafkah Kena Ikut Kemampuan Suami” - Madammu

gempak
19/10/2024
07:07 MYT
Usahawan kosmetik, Madammu berkongsi pendapatnya tentang pemberian nafkah daripada suami.
Hiburan

Pakai Topi Tertera Huruf ‘R’, Posting Aliff Aziz Curi Tumpuan Netizen

gempak
19/10/2024
03:58 MYT
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz meraih tumpuan apabila tampil memuat naik gambar memakai topi yang tertera huruf ‘R’
Hiburan

Neelofa Dedah Tak Pernah Beli Barang Dapur Guna Duit Sendiri - “Sewa Rumah, Bil Air & Api Semua Saya Tak Pernah Sentuh…”

gempak
18/10/2024
06:55 MYT
Pelakon dan usahawan, Neelofa berkongsi bahawa dirinya tidak pernah mengeluarkan wang untuk keperluan rumah sebaliknya perkara itu diuruskan oleh suaminya, Haris Ismail.
Hiburan

Watie Bersyukur Shuib Tambah Duit Nafkah Lepas Kes Fattah-Fazura - “Walaupun Bini Tak Pernah Mengadu…”

gempak
18/10/2024
05:09 MYT
Isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah mendedahkan menerima nafkah yang lebih tinggi daripada suaminya berbanding dengan jumlah sebelum ini.
Unitar