Gaya Hidup
Glenmarie Hotel & Golf Resort Baharu Mekar Dengan Kecantikan Yang Penuh Elegan
Mengumumkan pembukaan semula pada tetamu bermula 30 Disember lalu, Glenmarie Hotel & Golf Resort bersedia untuk mendefinisikan semula landskap perhotelan di Shah Alam, Selangor, dengan mengangkat pesona bunga rasmi bandaraya berkenaan, Renantanda (Bunga Anggerik).
Pengurus Besar Glenmarie Hotel & Golf Resort, Cristoph Voegeli berkata, pelbagai nuansa berbeza bakal menanti tetamu, bermula dari ruang legar lobi hinggalah sentuhan wangian yang cukup mengasyikkan.
“Dari lobi yang menawan hingga kamar dan suite yang dihias penuh elegan, ketibaan tetamu disambut dengan aneka rona, tekstur, dan wangian yang bakal membangkitkan rasa tenang dan keindahan alam.
“Kami komited untuk menciptakan pengalaman luar biasa bagi para tetamu dan proses ubah suai ini merupakan sebahagian komitmen tersebut,” katanya.
Sepanjang proses penambahbaikan yang merangkumi kemas kini terhadap semua bilik penginapan, kawasan awam dan bilik mesyuarat, Glenmarie Hotel & Golf Resort masih dibuka kepada tetamu.
Namun, perhatian penuh diberikan buat pelanggan agar penginapan mereka sepanjang proses ubah suai berjalan dengan lancar dengan gangguan minimum.
Proses ubah suai ini dijadualkan selesai pada April 2024, dengan perhatian khusus diberikan untuk meningkatkan pengalaman dan keselesaan pengunjung di setiap sudut penginapan.
Inginkan layanan terbaik selain perkhidmatan mewah dan kemudahan istimewa? Glenmarie Hotel & Golf Resort merupakan destinasi pilihan buat tetamu yang inginkan percutian yang tidak dapat dilupakan.
Trivia:
- Glenmarie Hotel & Golf Resort yang memiliki 260 bilik ini menghadap padang golf berprestij, Glenmarie Golf & Country Club.
- Hanya 30 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan 10 minit dari Lapangan Terbang Subang SkyPark.
- Sementara itu, anda hanya perlu memandu selama 40 minit jika ingin mengunjungi Menara Berkembar Petronas (KLCC).
Must-Watch Video