Bermacam-macam dugaan yang dilalui oleh penyanyi Lan Solo dalam perniagaan yang dijalankannya.

Solo Borneo Mart yang menjual barangan daripada Sabah sering sahaja menjadi sasaran mereka yang mungkin cemburu dengan perniagaan yang dijalankan.

Baca: Kedai Asyik Kena 'Report' Isteri Lan Solo Kecewa - "Hari Ni Ada Report Lagi Fasal Kedai Kami, Apa Salah Kami Wak?"

Baca: Scammer Menyamar Guna Gambar Lan Solo, Minta Pekerja Pindahkan Wang

Terbaru di Instagram miliknya, Lan Solo meminta bantuan daripada orang ramai terutamanya penduduk-penduduk di kawasan Puchong yang mungkin melihat kejadian yang berlaku.

"Minta bantuan warga Puchong. Kedai kami dirompak. Lelaki India ini telah memaksa staff kedai saya serahkan duit sales.

"Jika terjumpa lelaki India ini, tolong dapatkan maklumat diri dan kenderaan yang digunakan. Terima kasih. Report kami menyusul," tulis Lan pada entri Instagram beserta gambar penjenayah tersebut.

A post shared by LAN SOLO • KRISTALx (@lansolo_official)


Beberapa rakan artis seperti Achey Bocey dan Datin Almy Nadia turut membantu mengulang siar entri tersebut di instagram masing-masing.