,
Terkini

Nabil Gembira Dapat Hadiahkan Helmet Limited Edition Pada Derrick Gan - “Terima Kasih Jadi Sumber Inspirasi”

Mya Amri
01/02/2024
07:55 MYT
Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad berasa gembira kerana dapat menghadiahkan helmet koleksi eksklusif peribadinya kepada penyokong Harimau Malaya yang tular iaitu Derrick Gan.
Menurut Nabil, dia memang sudah berniat untuk memberikan hadiah tersebut sebagai tanda terima kasih kepada Derrick kerana memberikan sumber inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk memberikan sokongan kepada Harimau Malaya.
“Semasa ERA memberikan motor kepadanya saya tidak dapat turut serta pada ketika itu, Jadi apabila dimaklumkan Derrick akan muncul di MeleTOP, saya terfikir untuk menghadiahkan sesuatu padanya.
“Saya fikir motor dia dah dapat, helmet belum ada siapa yang beri lagi, saya pun memang ada koleksi. Jadi yang saya hadiahkan padanya itu memang koleksi edisi terhad.
“Bagi saya hadiah saya itu kecil sahaja berbanding dengan apa yang dia sudah buat sebelum ini. Tapi saya rasa sangat seronok dapat tumpang kegembiraan itu.
“Saya rasa dia seolah -olah memberikan saya satu ‘spark’, kalau dia boleh buat kenapa kita tak boleh nak betul betul sokong negara.
“Saya yang nak ucap terima kasih pada Derrick Gan kerana beri sumber inspirasi pada kita semua,” katanya kepada Gempak.

BERITA TRENDING: Derrick Gan Terharu Terima Helmet Koleksi Eksklusif Nabil Ahmad

Mengulas mengenai hadiah tersebut, Nabil berkata helmet itu sangat istimewa buat dirinya.
“Helmet itu memang susah nak dapat jadi saya rasa untuk orang yang ‘rare’ macam dia, susah nak jumpa, bagi saya dia layak mendapat sesuatu yang hebat juga.
“Helmet itu ‘custom made’, memang dekat mana mana pun susah nak dapat, bertahun juga Helmet itu dalam simpanan saya.
“Yang paling istimewanya lagi, helmet itu saya tidak pernah pakai dan memang edisi untuk kolektor,” ujarnya.
Terdahulu, Derrick telah menerima kejutan daripada penyampai 3 pagi ERA, Radin dengan sebuah motor skuter Modenas Karisma bernilai RM5,400.

Berita Trending: Derrick Gan Terima Hadiah Skuter Modenas Selepas Pulang Dari Doha! - "Ini Sangat Istimewa Kerana ..."

Topic Berkaitan
Must-Watch Video