Demi mengejar impian untuk melebarkan bakatnya dalam dunia nyanyian, peserta program realiti baru, Suara Viral, Sulastrie membuat keputusan untuk mengambil cuti bertugas selama satu bulan.

Sulastrie atau nama sebenarnya Dian Sulastrie Abdul Fatah, 39, berkata, penyertaannya dalam program nyanyian itu juga menerima sokongan dan galakan daripada rakan sepasukannya di Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Saya mengambil cuti selama sebulan untuk fokus dengan program Suara Viral ini. Kebetulan saya memang mempunyai baki cuti tahunan yang masih banyak.

"Bos saya sendiri pun memang beri galakan untuk saya sertai program ini memandangkan selama ini saya juga bersama pasukan pancaragam PDRM," katanya kepada Gempak.

Bahkan, kata Sulastrie, penglibatannya dalam program tersebut juga secara tidak langsung dapat mengangkat nama PDRM itu sendiri.

"Pada masa sama, penglibatan sebegini juga boleh buat orang luar nampak kepada PDRM yang kami di sini juga mempunyai penyanyi yang berbakat," katanya yang sudah berkhidmat hampir 22 tahun sebagai anggota unit beruniform itu.

Terdahulu, Sulastrie yang membawakan lagu Cinta Sejati berjaya menempatkan diri dalam kelompok tiga teratas dalam kedudukan peserta di konsert minggu pertama Suara Viral malam tadi.

BACA: Suara Viral: Kedudukan Peserta & Recap Komen Juri Minggu Pertama

Sulastrie bakal mendendangkan lagu Darah Muda nyanyian asal Wan di konsert minggu kedua Suara Viral pada 24 Jun ini (Rabu).

Ala. Dah malam-malam ni sape pulak potong bawang ni. Admin pulak sebak bila tengok @sulastrie_suarnie bawa lagu ni. . Korang boleh undi Sulastrie sebagai Suara Viral Paling Gempak di www.gempak.com/suaraviral bermula jam 11 Malam ini. . #SuaraViral #SuaraViral2020 #BarulahOn

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on


Jangan lupa untuk mengundi peserta Suara Viral Paling Gempak pilihan anda di sini.

Undian dibuka pada pukul 11 malam sejurus selesai konsert mingguan yang diadakan pada setiap Rabu selama lima hari.

Suara Viral yang dibawakan oleh Nivea selaku penaja utama itu bersiaran menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) bermula 17 Jun, setiap Rabu pada pukul 9 malam.

Dihoskan oleh Datuk AC Mizal, penonton juga boleh menyaksikan persiapan para peserta menerusi 'Jom Intai Suara Viral' yang akan ditayangkan pada setiap Isnin dan Selasa pukul 6.55 petang.

Bagi pilihan yang lebih fleksibel, penonton juga boleh menyaksikan program tersebut secara strim menerusi aplikasi Astro GO.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Suara Viral, layari www.gempak.com/suaraviral.