Jalan cerita kehidupan wanita bernama Suzur Sofia lebih kurang seperti watak Jannah lakonan pelakon Danielle Sya menerusi drama siri terbaharu Hijrah Jannah.

Drama 40 episod yang sudah ditayangkan sejak 5 Jun depan di Astro Ria itu mengisahkan tentang kehidupan seorang wanita memeluk Islam selepas berkahwin.

Berkongsi mengenai pengalamannya sendiri, Suzur Sofia memberitahu dia sememangnya mempunyai ramai kawan yang beragama Islam sebelum berhijrah.

“Alhamdulilah sebelum saya memeluk Islam ni pun memang dah biasa berkawan dengan kawan-kawan beragama Islam. Malah, saya lebih ramai kawan dengan orang Islam berbanding orang bukan Islam.

“Dan apa yang membuatkan saya terdetik untuk memeluk agama Islam bukan kerana untuk berkahwin semata-mata tetapi ikhlas dari hati ini cinta akan agama Islam yang terlalu indah pada pengamatan saya,” katanya.

Sama seperti Jannah yang berdepan ujian bertubi-tubi selepas berkahwin, bekas menantu kepada legenda bola sepak, Datuk Zainal Abidin Hasan ini bersyukur ramai orang sekeliling membantu dalam perjalanannya sebagai seorang mualaf.

“Alhamdulilah, cuma pada mulanya agak kekok juga disebabkan faktor budaya yang sangat berbeza. Contohnya ada yang boleh dan ada yang tak boleh. Tapi alhamdulilah saya dapat biasakan diri cuma memerlukan masa untuk belajar mengikut syariat Islam.

“Perjalanan saya dalam mengenal Islam walaupun sukar tapi saya tetap gembira kerana banyak benda yang dapat saya belajar dan terlalu ramai orang sekeliling yang membantu. Atau boleh dikatakan ramai kawan-kawan saya memberi dorongan tunjuk ajar.

“Apabila dah ada anak, saya lagi berusaha untuk belajar dan mendalami agama Islam kerana saya perlukan ilmu untuk mendidik mereka. Dan saya sedar tanggungjawab nak ajar ilmu agama kepada mereka cukup besar,” ujarnya.

Untuk info, mahligai yang dibina bersama anak Zainal Abidin iaitu Mohd Zaiza selama tujuh tahun itu berakhir dengan perpisahan.

Hasil daripada perkahwinan mereka dikurniakan dua orang anak, Muhammad Zaynedine Sulaiman, 6 tahun dan Seri Zayana, 2 tahun.

Suzur Sofia berasal dari Miri, Sarawak dan bapanya berbangsa Iban manakala ibu pula berbangsa Cina.

Mempunyai lulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dan pernah bekerja dalam bidang oil and gas, safety health and environment, Suzur Sofia kini bekerja sebagai pramugari.

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah Seronok Bawa Watak Perampas Suami Orang Dalam Drama Hijrah Jannah

ARTIKEL BERKAITAN: Remy Ishak Sanggup Kahwin Dua, Puteri Sarah Pula Jadi ‘Penyondol’… Drama Hijrah Jannah Bakal Buat Penonton Geram

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan Tanya Saya… Penat Nak Jawab” - Ayda Jebat Enggan Ulas Lanjut Isu Perceraian Fyna, Zainal

Sedikit mengenai Hijrah Jannah, drama tersebut Hijrah Jannah ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula 5 Jun 2023, jam 6.00 petang secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838.