VIRAL
Solat Terawih Kilat 23 Rakaat Selesai Dalam 10 Minit, Tradisi Sejak 1907
Rakaman video sekumpulan penduduk menunaikan solat terawih kilat di Ponpes Mambaul Hika Mantenan, Blitar, Indonesia menjadi tular di media sosial.
BERITA TRENDING: "Boleh Pegang Telefon Ketika Solat, Asalkan Tak Ganggu Khusyuk" - Mufti Pulau Pinang
Menerusi rakaman tersebut, solat terawih 23 rakaat seperti ‘kilat’ itu hanya berlangsung dalam tempoh 10 minit.Menurut Pengasuh pondok pesantren Mambaul Hikam, KH Dliya'uddin Azzamzami Zubaidi, solat terawih kilat itu bukan sesuatu yang baharu atau perlu menjadi kejutan kerana sudah dilakukan secara turun temurun sejak tahun 1907.
Pandeglangnews.co.id melaporkan, tradisi terawih kilat itu dilakukan selepas Kiai Abdul Ghofur menyedari lokasi ponpesnya berada di kawasan kampung yang sebahagian besar penduduknya merupakan petani.
Mengambil kira kesibukan mereka dari pagi sehingga petang mengusahakan sawah membuatkan ramai yang tidak mahu melaksanakan solat terawih dalam tempoh yang lama.
Jadi Kiai Abdul Ghofur mengambil inisiatif mendirikan salat terawih kilat agar seluruh masyarakat wilayah Mantenan Kecamatan Udanawu, Kabupaten Blitar tidak terbeban saat menunaikan ibadah terawih di bulan Ramadan.
BERITA TRENDING: Budaya Cop Saf Solat, PU Amin; "Masjid Ni Rumah Allah, Bukan Hak Kita"
Salah satu jemaah mengaku sudah mengikuti tradisi solat terawih kilat di Ponpes Mambaul Hikam sejak kecil."Memang sudah tradisi sejak saya kecil sampai punya anak kami dirikan solat terawih di sini. Semangat kalau di sini, jemaahnya selalu ramai dan cepat selesai.
“Jadi tidak ngantuk," ujarnya.
Diketahui hampir setiap tahun, sekitar 1,500 orang ikut mendirikan solat terawih kilat. Walaupun dilaksanakan dengan cepat, solat terawih di sini tidak mengurangi rukun atau syarat solat.
Terdahulu aksi sekumpulan jemaah menunaikan solat terawih kilat di Blitar sudah pernah menjadi tular pada tahun 2023.
Must-Watch Video