Pelakon Aedy Ashraf mengakui dia terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon yang memerlukan dia mengubah gaya rambutnya lebih pendek dan kemas.
Kata Aedy, 24, dia selesa dengan imej rambut panjang dan gaya yang dipraktikkan sejak beberapa bulan lalu memberikan aura berbeza kepada dirinya.
"Saya pun selesa dengan imej rambut panjang seperti sekarang sebab saya mahu mencari kelainan.
"Kalau diperhatikan jarang kita lihat pelakon Malaysia menyimpan rambut panjang, jadi apa salahnya saya pecahkan tradisi itu.
"Memang ada beberapa tawaran berlakon yang meminta saya memotong rambung pendek tetapi saya sendiri tidak mahu. Saya tolak secara elok.
"Tunggulah setahun dua lagi," katanya kepada Astro Gempak.
Malah kata Aedy tidak sukar untuk menjaga penampilannya berambut panjang dan tiada penjagaan khusus dilakukan untuk mengekalkan imej itu.
"Paling panjang pernah saya simpan sehingga paras dada dan beberapa bulan lepas saya memotongnya sedikit pendek.
"Untuk penjagaan pula saya akan membuat rawatan rambut dua bulan sekali selain relaxing dan penjagaan asas lain seperti mencuci," tambahnya.
Nama Aedy baru-baru ini heboh diperkatakan apabila dituduh sedang bercinta dengan penyanyi Nabila Razali.
Bagaimanapun, hubungan cinta itu sekadar gimik untuk mempromosikan muzik video Pematah Hati.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @aedyxashraf
Amri Hassan
Fri Dec 08 2017
Peminat Cipta Rekod Menonton The Experts 9 Kali Di Pawagam Dalam Tempoh 4 Hari!
Peminat setia filem tempatan, Chee Chi Wai berpuas hati dengan kualiti dan jalan cerita menarik yang ditampilkan dalam filem terbaharu terbitan Astro Shaw, The Experts.
"Arwah Alami Kekejangan Lepas Solat Subuh" - Isteri Nabil Zamanhuri
Isteri kepada bekas pengacara dan penyanyi, Nabil Zamanhuri, Adelia Citra Hapsari, 36 memaklumkan suaminya itu dipercayai mula menunjukkan tanda kurang baik ketika selesai untuk menunaikan solat subuh, pagi tadi.
Cara Semakan Keputusan SPM 2023 Yang Akan Diumumkan Esok!
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 bakal diumumkan pada Isnin, 27 Mei 2024.
Taman Hiburan Terbakar, Ragut 27 Nyawa Di India... Ramai Kanak-Kanak
Kebakaran di sebuah taman hiburan di Bandar Rajkot, Gujarat sebuah negeri di barat India pada Sabtu meragut 27 nyawa, termasuk ramai kanak-kanak.
Artis & Pendakwah Bersatu Tunjuk Sokongan Untuk Palestin Melalui Malaysia4Palestine
Soladiriti artis dan pendakwah Malaysia untuk Palestin.
Nabil Zamanhuri Meninggal Dunia
Bekas penyanyi dan pengacara, Nabil Zamanhuri,37 dilaporkan telah meninggal dunia pada pagi Ahad ini.
Hafeez Mikail Bakal Timang Baby Girl!
Pelakon, Hafeez Mikail mengumumkan bakal menimang cahaya mata sulung perempuan.
Sebulan Kahwin, Syasya Buat Lunch Box Buat Suami - "Main Masak-Masak"
Sepotong video yang memaparkan bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal membuat bekal buat suaminya berjaya mendapat perhatian netizen baru-baru ini.
“Bapa Terbaik, Meleleh Air Mata..” - Video Fizo Omar Surprise Anak Bikin Netizen Sebak
Sepotong video memaparkan momen manis pelakon, Fizo Omar melawat anak perempuannya, Wan Maryam di sekolah berjaya mendapat perhatian netizen baru-baru ini.
Campak Telefon Suami Keluar Kereta Sebab Tak Dilayan, ‘Content’ Pasangan Ini Dikritik Warganet
Setiap gurauan ada hadnya. Dan mungkin luahan seorang pengguna media sosial yang menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap satu kandungan yang disifatkan sebagai ‘bodoh’.