Berita
Wanita Guna Anak Buat Konten POV ‘Suami’ Di TikTok Undang Pelbagai Reaksi Netizen - “Kak, Tak Elok Buat Video Macam Itu…”
Selepas tular mengenai isu 'Abang Bas', satu lagi akaun Tiktok telah berjaya menarik perhatian netizen apabila individu tersebut menggunakan anaknya yang masih bawah umur sebagai konten.
Menerusi tinjauan Gempak, ada beberapa video yang dimuat naik oleh pemilik TikTok berkenaan menjadikan anaknya sebagai konten ‘Point of View ‘(POV) di mana dia cuba menggambarkan remaja lelaki itu sebagai suami.
Meskipun mempunyai pertalian darah namun netizen beranggapan wanita tersebut tidak sepatutnya menjadikan anaknya itu sebagai satu bahan kandungan media sosial.
Advertisement
"Omg, this is not normal" kata @JJ.
"Kak tak elok buat video macam ni. Tahulah pov Saja tapi ini boleh jadi emotional incest" tegur @wawa diruangan komen.
Netizen juga meminta wanita berkenaan untuk menghentikan kandungan sebegitu sebelum perkara tak diingini berlaku.
"Kang akak ni pulak ke dalam ni. Gelar budak-budak suami," kata …
"Tak gelak pun kak, dengar la nasihat netizen ni kak," ujar @Mayani di ruangan komen.
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Bengang Pemandu Bas Anggap Murid Sekolah Sebagai ‘Crush’, Menteri Minta Ambil Tindakan
ARTIKEL BERKAITAN: Nani Roslan Jadi Emosi Baca Komen Ibu Bapa Pertahankan ‘Abang Bas’ - “Berapa Ramai Rakyat Malaysia Yang Mempunyai Nafsu Terhadap…”
ARTIKEL BERKAITAN: Abang Bas ‘Crush’ Dengan Murid Sekolah Menangis Didakwa
ARTIKEL BERKAITAN: 'Abang Bas' Didakwa Lagi Di Mahkamah, Sempat Tunjuk 'Mini Love'
Malah akaun TikTok tersebut juga sudah menjadi bahan perbualan netizen di platfrom X sehingga ada juga meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri untuk meneliti konten yang dikongsikan individu tersebut.
Terdahulu, tular di aplikasi TikTok memaparkan seorang lelaki dipercayai pemandu bas sekolah menggelar seorang penumpangnya yang dipercayai pelajar sekolah rendah sebagai 'crush' dan 'kesayangan'.
Hantaran itu mendapat kecaman orang ramai yang berpendapat ia tidak sesuai dan boleh dianggap sebagai gangguan seksual terhadap kanak-kanak.
Must-Watch Video