Skip to main content

Selebriti

Bakal Pindah Rumah Baharu, Intan Najuwa Kena Bebel Dengan Suami Sebab..

Suamu bebel intan najuwa

Ringkasan AI

  • Intan Najuwa sedang bersiap untuk pindah ke rumah baru yang sedang dalam proses renovasi.
  • Dia sedang mengemas dan menyusun barang-barang yang tidak digunakan seperti minyak wangi, alat solek, pakaian, dan kasut.
  • Intan bercadang untuk buat jualan preloved atas desakan suaminya kerana mempunyai banyak barang tidak terpakai.
  • Netizen menunjukkan minat tinggi terhadap jualan barangan Intan, terutama minyak wangi.
  • Intan berkahwin dengan Datuk Ahmad Azraf Azman pada Ogos 2023 dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Lunara.

Pelakon, Intan Najuwa berkongsi bahawa dia kini sedang dalam persiapan untuk pindah ke rumah baharunya.

Menerusi perkongsian di Threads, Intan atau nama penuhnya Intan Najuwa Abdul Wahid berkata rumahnya sedang dalam proses renovasi dan dia turut menguruskan barang-barang yang tidak dipakainya.

"Memandangkan saya bakal pindah ke rumah baru dan sedang tunggu kerja-kerja renovasi siap, saya sedang kemas dan susun barang-barang saya. Banyak barang seperti minyak wangi, alat solek, pakaian, body care, kasut dan banyak lagi," tulisnya.

Aktres drama Kekasih Paksa Rela itu turut bercadang untuk melakukan 'preloved' atas desakan suaminya kerana memiliki banyak barang yang tidak terpakai.

"Patutke saya buat 'preloved'. Suami saya dah membebel sebab barang saya banyak sangat," ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyambut baik usaha jualan tersebut dan turut menunjukkan rasa minat terhadap barangan Intan.

"Yes, tolonglah buat. Tak sabar nak lihat koleksi barangan Intan terutama minyak wangi.

"Akaun bank saya nampaknya dah terketar-ketar.

"Jual frangrance, saya sangat berminat untuk beli minyak wangi Intan.

"Tunggu gaji saya datin!," komen netizen.

Untuk rekod, Intan sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Ahmad Azraf Azman pada 18 Ogos 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Lunara pada 15 Disember tahun lalu.

Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement