Skip to main content

Selebriti

Barang Diving Kena Rembat, Beto Khusyairy Bengang – "Semoga Ia Rosak..."

Beto diving

Pelakon terkenal, Beto Khusyairi meluahkan rasa kecewa selepas menyedari kelengkapan menyelam miliknya telah dicuri.

Menerusi perkongsian di Threads, Beto memaklumkan antara peralatan yang hilang termasuk jaket menyelam (BCD) dan alat pernafasan penyelam (regulator).

Pelakon yang popular menerusi imaginur  itu turut berharap agar barang yang dicuri itu mengalami kerosakan sebagai balasan kepada perbuatan pencuri.

"Kepada yang rembat bcd dan reg aku, semoga barang itu mengalami kerosakan atau gangguan pada kedalaman 20-30 meter," tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut simpati dan menyarankan Beto untuk semak aplikasi jual barangan terpakai kerana mereka percaya pencuri mungkin cuba menjual semula peralatan tersebut.

Must-Watch Video

Advertisement