Skip to main content

Durian Hub 2026 Kini Kembali! Hampir 100 KG Durian & 'Meeting Package' Jadi Tarikan

Copy of bakar isteri

Sekilas

  • Palm Garden Hotel Putrajaya menganjurkan Durian Hub 2026 dengan konsep terbuka untuk semua orang menikmati pelbagai jenis durian premium dalam suasana santai di Palms Café Terrace.
  • Acara ini berlangsung setiap Jumaat dan Sabtu dari 5 petang hingga 10 malam sepanjang Julai hingga September, menawarkan hampir 100 kilogram durian termasuk Black Thorn, Musang King, dan D24.
  • Durian Meeting Escape diperkenalkan sebagai pakej khas korporat menggantikan hidangan biasa dengan durian segar dan ais kacang, lengkap dengan diskaun 5% sempena pelancaran.

Musim durian adalah musim yang paling dinanti-nantikan buat rakyat Malaysia terutama peminat raja buat. Ada yang sanggup meredah perjalanan jauh semata-mata untuk menikmati raja buah bersama keluarga dan rakan-rakan. Ada juga yang sanggup beratur di gerai tepi jalan dan ada juga yang mencari dusun bagi mendapatkan durian segar terus daripada sumbernya.

Menyambut baik sambutan itu, Palm Garden Hotel, Putrajaya sekali lagi menganjurkan Durian Hub 2026, sebuah acara yang bukan sekadar menghimpunkan pelbagai jenis durian premium, malah menawarkan pengalaman menikmati raja buah dalam suasana santai di Palms Café Terrace.

Memasuki tahun kedua penganjurannya, acara kali ini tampil dengan konsep yang lebih terbuka apabila orang ramai turut dijemput hadir untuk menikmati durian bersama keluarga dan rakan-rakan.

Menurut Pengurus Besar Palm Garden Hotel, Marshall Chai, pihaknya mahu memberikan pengalaman yang berbeza kepada setiap pengunjung, terutama mereka yang menginap atau menghadiri mesyuarat di hotel berkenaan.

“Ini tahun kedua penganjuran kami. Tahun ini kami buka kepada semua orang, tetapi tahun lepas hanya mereka yang tahu sahaja. Kami ingin menjadikan acara ini sebagai satu-satunya program seperti ini di Putrajaya dan memberikan pengalaman yang menyeronokkan kepada orang ramai terutama mereka yang hadir bermesyuarat di hotel ini,” katanya.

Lebih menarik, Durian Hub 2026 bukan sekadar menyediakan ruang untuk menikmati durian, malah pengunjung disambut dengan suasana al-fresco yang cukup selesa.

Ruang makan yang disediakan tidak terlalu sesak, sekali gus memberi peluang kepada pengunjung menikmati durian dengan lebih santai sambil bersembang bersama orang tersayang.

Dari segi pilihan durian pula, hampir 100 kilogram dengan lebih lima jenis durian yang  berbeza disediakan buat pelanggan termasuklah Black Thorn, Musang King, Udang Merah, D24 serta durian kampung.

Selain itu, terdapat juga beberapa reruai makanan yang melengkapkan pengalaman menjamu selera. Pengunjung boleh menikmati pulut durian, ABC durian, cucur, keropok lekor serta pelbagai pilihan minuman.

Antara pembaharuan yang paling mencuri perhatian tahun ini ialah pengenalan Durian Meeting Escape, iaitu pakej khas untuk pelanggan korporat.

Berbeza dengan kebanyakan pakej mesyuarat yang biasanya menyediakan kopi, sandwic atau pastri ketika waktu minum petang, Palm Garden Hotel memilih untuk memperkenalkan sesuatu yang lebih dekat dengan citarasa rakyat Malaysia.

Menurut Marshall, idea itu tercetus bagi memberikan pengalaman yang lebih bermakna kepada pelanggan korporat.

“Bayangkan selepas selesai mesyuarat atau sesi latihan, anda dihidangkan dengan durian segar bersama ais kacang. Tiada sandwic. Tiada pastri. Hanya durian dan ais kacang. Itulah cara rakyat Malaysia menutup hari dengan penuh nikmat,” ujarnya.

Bagi mereka yang ingin mencuba pakej tersebut, Palm Garden Hotel turut menawarkan diskaun sebanyak lima peratus untuk tempahan yang dibuat sempena hari pelancarannya.

Durian Hub 2026 berlangsung pada setiap Jumaat dan Sabtu, dari 5 petang hingga 10 malam sepanjang Julai hingga September, sementara stok masih ada. Acara ini terbuka kepada tetamu hotel dan juga orang awam yang ingin menikmati musim durian dalam suasana yang berbeza.

Anda mungkin berminat dengan

KEROPOK LEKOR ORI KUALA BESUT (RM1-1btg)

KEROPOK LEKOR ORI KUALA BESUT (RM1-1btg)

popia simpul 500gram

popia simpul 500gram

BROWNIES KEDUT SEDAP MUNYMUNCH

BROWNIES KEDUT SEDAP MUNYMUNCH

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Ajwa Size A dari Madinah 5 KG/ 1kg Kurma buah Ramadan snack

Ajwa Size A dari Madinah 5 KG/ 1kg Kurma buah Ramadan snack

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Must Watch Video

Advertisement