Skip to main content

Kenal Lebih 16 Tahun, Aliff Syukri Dedah Sikap Iqbal Zulkefli - “Kalau Datang Rumah Saya…”

Astrogempak ALIFF

Sekilas

  • Datuk Seri Aliff Syukri memuji sikap rendah diri dan kejayaan usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli yang dikenali sejak lebih 16 tahun lalu.
  • Mereka berpeluang menunaikan ibadah umrah bersama dan Aliff mendoakan agar Iqbal terus berjaya serta membantu golongan memerlukan.
  • Ahmad Iqbal membalas dengan rasa terharu dan berjanji akan mengenang jasa Aliff serta menjaga ukhuwah mereka hingga ke akhirat.

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa bangga melihat kejayaan yang dikecapi usahawan, Ahmad Iqbal Zulkefli yang disifatkannya sebagai seorang insan yang sentiasa merendah diri dan tidak pernah melupakan orang di sekeliling.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Aliff berkongsi sudah mengenali Ahmad Iqbal sejak lebih 16 tahun lalu dan memuji sikap rendah dirinya.

“Saya kenal Ahmad Iqbal Zulkefli masa dia kecil lagi, dah lebih 16 tahun, sebelum dia kenal Datuk Seri Vida lagi. Kalau datang rumah saya, mesti dia bawa buah tangan walaupun masa itu dia susah. Dia bukan jenis yang meminta.

“Bila saya tahu dia kerja dengan Datuk Seri Vida dan sekarang dah jadi jutawan, saya gembira,” katanya.

Dalam pada itu, Aliff turut meluahkan rasa syukur apabila berpeluang menunaikan ibadah umrah bersama Ahmad Iqbal, sambil menyifatkan kejayaan yang diraih rakannya itu sebagai aturan indah daripada Allah SWT.

Aliff turut menitipkan doa agar Ahmad Iqbal terus diberikan kejayaan di dunia dan akhirat serta menggunakan rezeki yang dimiliki untuk membantu golongan yang memerlukan.

“Tak sangka percaturan Allah sampai boleh datang umrah sekali, buat siaran langsung sama-sama. Dia tak lupa diri, saya bangga.

“Mak dia dah lama meninggal dan dengan ayah pun dia kurang akrab. Saya doakan Iqbal berjaya dunia akhirat. Korang doakanlah Iqbal supaya terus berjaya, boleh tolong ramai orang susah dan bayar zakat banyak-banyak,” tambahnya.

Sementara itu, Ahmad Iqbal turut membalas perkongsian tersebut dengan meluahkan rasa terharu atas kata-kata yang diberikan Aliff.

Menurutnya, dia akan sentiasa mengenang jasa Aliff dan isterinya, Datin Shahida Mohd Rashid, yang banyak memberi sokongan sepanjang mereka saling mengenali.

“Terharunya. Sejujurnya saya segan. Hebat aturan Allah.

“Iqbal janji akan kenang jasa Datuk Aliff dan Datin Shahida sampai bila-bila. Maaf kalau ada salah silap Iqbal sepanjang kita kenal.

“Andai suatu hari perlukan apa-apa, jangan lupa Iqbal akan ada. Semoga ukhuwah kita membawa kebaikan dan berkekalan hingga ke akhirat,” balasnya.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement