Skip to main content

Gaya Hidup

Bekas Rakan Sekerja ‘Sondol’ Suami Majikan, Individu Dalam Dilema Sebab Simpa Rahsia - “Salah Aku Ke…”

Sondol

Seorang pengguna media sosial menyorot perhatian warganet apabila berkongsi dilema peribadi melibatkan bekas rakan sekerja dan majikannya.

Menerusi satu hantaran di platform Threads, individu itu mengaku mengetahui hubungan sulit antara bekas staf yang juga teman baiknya dan suami majikan, namun memilih untuk tidak masuk campur.

Menurutnya, perkara tersebut sudah lama diketahui tetapi dia mengambil pendekatan untuk tidak membabitkan diri dalam urusan peribadi orang lain.


“OMGGG!!! Ex staff tu BFF aku dan aku tahu dorang ada affair.

“Cuma malas nak masuk campur. Salah aku ke sebab tak bagitahu bos aku pasal ni?” tulisnya.

Individu tersebut turut berkongsi perbualan ringkasnya bersama majikannya yang sedang membuat laporan polis selepas menangkap suaminya berlaku curang.  



Luahan spontan itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

Ada yang mengecam tindakannya kerana dianggap bersekongkol dengan pasangan curang itu.

Must-Watch Video

Advertisement