Ringkasan AI
- Astro Originals akan menayangkan drama siri psikologi thriller bertajuk ‘Good Boys Go To Heaven’ pada tahun 2026.
- Siri ini mempunyai lapan episod berdurasi 45–55 minit dan boleh ditonton di Astro Go, On Demand, saluran Citra, Ria, dan platform Sooka.
- Drama ini fokus kepada isu keselamatan kanak-kanak yang menjadi kebimbangan masyarakat Malaysia.
- Pelakon utama termasuk Beto Kusyairi dan Zahirah McWilson, dengan pengarah Ariff Zulkarnain dan penulis Mira Mustaffa.
- Sinopsisnya berkisar tentang seorang bapa yang mencari pembunuh anaknya di pekan Kuala Makar untuk membersihkan namanya.
Astro Originals bakal menampilkan drama siri premium psikologi thriller terbaru berjudul ‘Good Boys Go To Heaven’ yang dijadualkan tayang pada 2026. Drama ini adalah terbitan Astro Shaw dan menampilkan lapan episod berdurasi 45–55 minit yang boleh ditonton melalui Astro Go, On Demand, saluran Citra, Ria, serta platform Sooka.
Menurut Penerbit Eksekutif merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, siri ini memberi tumpuan kepada isu keselamatan kanak-kanak yang semakin merisaukan masyarakat.
“Astro Shaw terus komited untuk mengetengahkan cerita-cerita yang dekat dengan masyarakat Malaysia… kami berharap dapat membuka ruang perbincangan tentang jenayah melibatkan kanak-kanak,” katanya dalam satu kenyataan.
Jastina turut yakin bahawa gabungan karya Mira Mustaffa dengan pengarahan Ariff Zulkarnain bakal memberikan pengalaman baharu kepada penonton.
“Penampilan Beto dan Zahirah juga menandakan kemunculan semula mereka dalam drama bersiri selepas beberapa tahun. Kami yakin karya Mira Mustaffa dengan sentuhan pengarahan Ariff Zulkarnain akan memberikan pengalaman yang segar dan berbeza kepada penonton,” ujarnya lagi
Barisan pelakon lain yang bakal membintangi bersama Beto Kusyairi, Zahirah McWilson, termasuk Firdaus Karim, Malek Maccrone, Mila Mohsin, Amerul Affendi, Amanda Ang, Sky Iskandar, Dai Fuad, Marzuki Noh, Sayf Mikael dan Zaleha Iman.
Sinopsis Good Boys Go To Heaven
Tragedi kematian anaknya di pekan terpencil Kuala Makar memaksa seorang bapa menjejak individu-individu mencurigakan bagi mencari pembunuh sebenar dan membersihkan namanya.